Piala FA: Faiz Nasir senjata rahsia TFC hadapi N9


  • Podium
  • Khamis, 28 Apr 2022

Peminat merasakan kembalinya Faiz ke kem latihan pasukan Terengganu menampakkan khabar gembira di riak wajah penyokong Sang Penyu. — Facebook

SKUAD Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC bakal bertemu pada Jumaat ini bagi menentukan pasukan manakah yang akan mengisi slot terakhir di Pusingan Kedua Piala FA.

Pasukan Sang Penyu dilihat memiliki kelebihan kerana akan bermain di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Rata-rata penyokong Terengganu FC juga optimis skuad kendalian Nafuzi Zain itu bakal meraih mata kemenangan berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan.

WhatsApp Image 2022-04-28 at 7.53.28 AM

WhatsApp Image 2022-04-28 at 7.53.28 AM (1)

photo1651105261

Antara komen penyokong terhadap perlawanan antara Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC pada Jumaat ini. — Facebook

Seorang penyokong, Badrun Hisyam merasakan dengan kembalinya pemain sayap kiri, Faiz Nasir ke kem latihan pasukan Terengganu menampakkan khabar gembira di riak wajah penyokong Sang Penyu.

"Bermain di laman sendiri mengharapkn TFC mempamerkan permainan yang terbaik...Peteh Tranung Peteh," katanya di ruangan komen Facebook Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Seorang lagi penyokong, Dinie Dinie berpendapat Negeri Sembilan perlu berhati-hati dengan penyerang Terengganu.

"Pertahanan Negeri Sembilan kena mantap dan penting (pemain) tengah kena mainkan peranan utama dan penyerang kena tajam apabila bola di depan pintu gol dan Negeri Sembilan kena buat serangan pantas," katanya.

Cik Nah pula berkata, sejak dua tahun kebelakangan ini, skuad Negeri Sembilan dilihat semakin kuat.

"Buktinya sekarang tak pernah kalah lagi..KL City pun dia 'sembat'..Terengganu FC jangan over confident macam lawan PJ City," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram