NAMA Ronald Ngah Wanja sering menjadi sebutan dalam kalangan penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Sebaliknya, bukan pujian yang diterima pemain itu, tetapi kata-kata kecaman gara-gara prestasinya sebagai penyerang KDA FC yang dianggap lemah dan tidak bermaya.
Berikutan itu, ramai yang meminta Ronald Ngah supaya digantikan dengan penyerang lain disebabkan kemampuannya yang tidak seperti diharapkan.
Kalau nak tahu, sebenarnya bukan penyokong KDA FC sahaja yang menyedari apa yang menimpa Ronald Ngah. Malah, penyokong pasukan lain juga turut memerhati gaya permainan pemain dari Cameroon itu termasuklah penyokong Sabah FC.
Sharani Dani berkata, Ronald Ngah memang tidak sesuai beraksi di Sabah. Malah, kemampuannya jika dibanding dengan pemain tempatan juga jauh lebih rendah.
Antara pemain import yang beraksi bersama Sabah FC musim ini.
"Kalau Sony Norde memang mesin gol. Bahagian serangan akan berubah dan counter attack dia memang laju.
"Kalau nak ambil (Ronald Ngah) nampak dia macam kurang laju dan tidak sesuai," kata Muttalip Kamal pula.
Namun, ada juga yang menyatakan rasa setuju jika Ronald Ngah beraksi untuk Sabah FC.
"Kalau dia masuk Sabah FC, mungkin ramai gandingan dia. Ifedayo dulu pun jadi kecaman juga tapi berjaya juga jadi penjaring terbanyak (beraksi bersama Selangor) pada tahun lalu," kata Harith Adam.
Menurut Harith Adam, jendela perpindahan kedua juga masih terbuka dan terpulang kepada jurulatih, Datuk Ong Kim Swee untuk mencari penyerang import yang sesuai.
Selain penyokong fanatik Sabah FC, majoriti penyokong pasukan lain seperti Johor Darul Takzim, Pahang FC, Terengganu FC dan Perak FC juga tidak memasang impian untuk Ronald Ngah menyarung jersi pasukan kesayangan masing-masing gara-gara klausa penebusan kontrak penyerang kelahiran Cameroon itu yang dianggap terlalu mahal dan tidak masuk akal berbanding prestasi semasanya ketika ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram