SEORANG pemuda sanggup membawa tiga ekor kucingnya pulang ke kampung halaman menaiki sampan kerana enggan berpisah dengan mereka.
Pemuda itu pada mulanya membawa ketiga-ketiga kucingnya itu menggunakan motosikal dengan meletakkan mereka di dalam beg galas khas untuk kucing.
Untuk ke kampung halamannya di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia, dia kemudian terpaksa melalui sungai menggunakan sampan.
Menurut pemuda itu, perjalanan menggunakan sampan itu menyebabkan salah seekor kucingnya 'mabuk' dan muntah-muntah sepanjang perjalanan.
"Perjalanannya harus menyeberangi sungai, Alhamdulilah mereka kuat walaupun seekor 'mabuk' dan muntah-muntah," jelasnya.
Tambahnya perjalanan menaiki sampan itu mengambil masa sekitar enam hingga tujuh jam.
Video pemuda itu membawa kucing-kucingnya tular di media sosial dengan ramai netizen yang memuji tindakannya tidak meninggalkan haiwan peliharaannya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram