'Lebih baik pemain bangku simpanan barisi kesebelasan utama KDA FC'


  • Podium
  • Jumaat, 29 Apr 2022

KDA FC akan melayani kunjungan Melaka United pada 6 Mei depan untuk aksi ketujuh Liga Super. — Facebook KDA FC

KEKALAHAN besar ke atas Sabah FC membuatkan penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC masih sahaja belum 'move on' sehingga pelbagai cadangan dan kritikan dilontarkan di laman media sosial bagi penambahbaikan skuad kesayangan mereka itu.

Pasukan Hijau Kuning itu kini berada pada kedudukan ketiga Liga Super Malaysia, terikat 12 mata bersama Sabah FC dan Johor Darul Takzim (JDT) selaku pendahulu Liga Super, namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Antara kritikan yang diberikan oleh penyokong KDA FC ialah mengecam penyerang import, Ronald Ngah Wanja kerana dianggap tidak memberi prestasi yang cemerlang dan taktikal jurulatih, Aidil Sharin turut disalahkan oleh peminat tegar Sang Kenari.

Seperti penyokong tegar lain, pengguna Facebook, Herifon Heriza tidak terkecuali dalam memberi cadangan kepada Sang Kenari yang mana dia merasakan pemain yang berada di bangku simpanan lebih layak untuk menjadi kesebelasan utama.

KOMEN kda fc

Pengguna Facebook, Herifon Heriza melontarkan cadangan terhadap pasukan KDA FC. — Facebook

Menurutnya, pemain seperti Asnan Ahmad, Amirul Hisyam, Muhammad Khairu Azrin dan Mohammad Amer yang hanya memanaskan kerusi simpanan adalah lebih berhak untuk bermain di atas padang berbanding barisan kesebelasan utama sedia ada.

"Majoriti pemain-pemain simpanan Kedah FC adalah yang layak main dalam kesebelasan utama tapi diperam macam tu saja. Ambil contoh Asnan, Amirul, Acong, Amer kalau tidak silap boleh bermain...

"Malah ramai lagi yang ada. Bukan tidak hebat punya pemain. Budak-budak bawah 21 pun memang cemerlang dalam pasukan Kedah itu," katanya.

Pengguna Facebook itu juga berpendapat bakat pemain-pemain itu perlu diberikan peluang oleh jurulatih daripada hanya memanaskan bangku simpanan.

"Cuma jurulatih cari nahas tidak mahu bagi peluang saja. Barang dah ada tapi tidak pandai guna, simpan saja B21 banyak tidak guna. Salah siapa, tidak cuba tak tahu. Alih-alih muka sama," jelasnya.

KDA FC akan melayani kunjungan Melaka United pada 6 Mei depan untuk aksi ketujuh Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram