Klopp dedah satu-satunya punca mahu kekal di Anfield


  • Podium
  • Jumaat, 29 Apr 2022

Klopp (kiri) telah menandatangani kontrak baharu dengan Liverpool FC. — Agensi

JURGEN Klopp telah menandatangani kontrak baharu di Liverpool, sekali gus menyaksikan lanjutan dalam tempoh perkhidmatannya hingga tahun 2026 – dua tahun lebih lama daripada perjanjian asal yang sepatutnya tamat.

Pengendali dari Jerman itu telah berada di Anfield selama hampir tujuh tahun dan perjanjian baharunya akan menyaksikan dia menjadi pengurus keempat paling lama berkhidmat dalam sejarah Liverpool.

Menerusi satu rakaman video pendek Liverpool di media sosial, Klopp mendedahkan satu-satunya punca dia mahu kekal di Anfield.

Klopp menjelaskan betapa penting bagi isterinya, Ulla, untuk kekal di Merseyside.

"Saya tidak pernah terfikir bahawa kami akan mencari lagi tempat di mana kami rasa dialu-alukan.

"Kami sedang duduk di meja makan dan Ulla berkata, 'Saya tidak dapat melihat kami meninggalkan (Anfield) pada tahun 2024.'

"Dan saya membalasnya, 'Tidak, sungguh, (dengan) semua orang (dalam hidup kami)," katanya.

Pengendali Liverpool itu bergurau tentang menjadi suami yang baik dan melakukan seperti yang dimahukan isterinya.

“Kenapa?’ Kerana Ulla mahu kekal! Dan sebagai suami yang baik, apabila isteri anda mahu anda tinggal, anda tinggal!”

Dia menambah, “Apabila saya sebut mengenai lanjutan kontrak terakhir pada 2024, ia sebenarnya perjanjian peribadi. Kontrak paling penting dalam hidup saya yang saya tandatangani ialah kontrak dengan Ulla. Di situlah ia bermula semula.

“Saya sangat menghargai apa yang telah berlaku dalam tempoh hampir tujuh tahun lalu. Saya tidak pernah terfikir bahawa kami akan mencari lagi tempat di mana kami berasa dialu-alukan.

“Ia benar-benar hebat. Ia adalah keputusan yang sangat mudah.” katanya.

Klopp baru-baru ini memberitahu bagaimana selepas keputusan seri 2-2 menentang Man City, dia mencari isterinya dalam kalangan penyokong The Reds.

"Sejujurnya, saya mencari isteri saya, dia ada di sana, dalam kalangan mereka," katanya.

Video isterinya di ruang legar di Stadium Etihad pada separuh masa perlawanan, menyanyi bersama lagu baharu Klopp tersebar dalam talian.

Nampaknya Ulla gembira kerana Klopp kekal bersama The Reds, dan itu berita baik untuk penyokong Liverpool! — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram