4 poin penting Kedah sukar jadi pencabar AFC


  • Podium
  • Khamis, 28 Apr 2022

Selepas ini, KDA FC bakal bertemu Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadiul Darul Aman. — KDA FC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) sekali lagi dimalukan dengan jaringan besar 0-4 sewaktu saingan Liga Super berdepan Sabah FC pada Ahad.

Jaringan hatrik oleh pemain veteran, Amri Yahyah dan sepakan percuma yang cantik oleh pemain import, Park Tae-su meranapkan impian KDA FC untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Stadium Likas, Sabah.

Kekalahan itu menyaksikan kelab itu jatuh ke tangga ketiga di belakang Sabah FC berkongsi 12 mata, dipisahkan dengan perbezaan gol

KDA FC sebelum ini pernah dimalukan tunduk kepada Selangor FC 4-1 ketika berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling 10 April lalu.

Kekalahan itu ternyata membimbangkan sebilangan penyokong kerana kelab itu sudah bolos sebanyak 11 kali musim ini.

Seorang penyokong KDA FC, Joshua Michael berpendapat, prestasi hambar pasukan itu dalam beberapa perlawanan adalah disebabkan beberapa faktor termasuk pemilihan pemain yang salah dan juga taktikal jurulatih.

"Bajet ciput, tapi selera besar. Sign terlalu ramai budak presiden dan pemain tempatan dari negeri lain yang tak proven.

"Kedua, import recycle dan tiada planning kemas. Ambil dua orang pertahanan tengah import sedangkan kita dah ada pemain tempatan yang boleh main lagi baik dari mereka. Last-last letak seorang di pertahanan kanan," katanya dalam satu hantaran Facebook.

Selain itu, katanya, sehingga kini dia masih belum melihat DNA yang mahu diterapkan oleh ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak ke dalam pasukan Sang Kenari.

Dia juga menyalahkan persediaan KDA FC yang menganjurkan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab kecil yang tidak memberi cabaran kepada pasukan itu.

"Coach dah empat musim, tak nampak lagi DNA apa yang dia nak terapkan. Sebagai coach dia kena tau la kemampuan player dia. Lagi satu, jangan terlalu banyak bereksperimen.

"Masa liga berhenti adakan persahabatan menentang kelab M3. Macam mana nak test kemampuan kita? Nak main AFC kot, takkan tak boleh belanja lebih skit," katanya.

Selepas ini, KDA FC bakal bertemu Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadiul Darul Aman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram