'Ada dua jenis penyokong Kedah, yang pasti bukan jenis lalang'


  • Podium
  • Khamis, 28 Apr 2022

Aksi KDA FC ketika tewas kepada Sabah FC dalam saingan Liga Super pada Ahad lalu. — Agensi

BILA menang dipuji, bila kalah dikeji.

Senario yang sering berlaku dalam liga bola sepak tempatan sehingga muncul sebahagian daripada penyokong yang digelar 'lalang'.

Ia diluahkan seorang penyokong bola sepak Kedah, Tuan Shah, yang menegaskan bahawa sebenarnya tiada istilah penyokong yang digelar sedemikian.

"Penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC ini sebenarnya ada dua jenis. Satu yang sentiasa menyokong sama ada menang atau pun kalah.

"Satu lagi adalah penyokong yang akan menyokong pasukan ketika menang tetapi bila kalah atau merudum, meraka akan berasa sangat kecewa tetapi akan sentiasa memberi komen untuk diambil perhatian oleh pasukan," katanya.

kedah111

Sebahagian daripada penyokong setia Kedah FC.

Menurut Tuan Shah, sebenarnya tiada istilah pun sama ada penyokong itu lalang kerana kedua-dua golongan ini adalah penyokong tegar KDA FC.

Turut menyokong kenyataan Tuan Shah ialah Isnah Ibnu Batuta yang optimis bahawa apa pun komen yang diberikan tidak perlu mengganggu emosi pemain atau jurulatih.

"Samalah kalau kita jadi jurulatih atau penyokong seorang ahli tomoi atau tinju. Dia dah teruk kena belasah, tetapi perlawanan masih ada.

"Bagi la semangat kat dia supaya terus kuatkan mental dan teruskan perlawanan dan bukannya kutuk," katanya.

KDA FC sebelum ini mendapat kritikan yang hebat selepas kalah dengan Sabah dan Selangor dalam dua aksi terakhir Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram