JDT dapat tonik pemain ke-13


  • Podium
  • Ahad, 24 Apr 2022

Syafiq Rahim beraksi ketika menentang Ulsan Hyundai.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) semakinmembara untuk menundukkan Kawasaki Frontale dalam perlawanan kedua mereka menentang Juara Liga J1 itu dalam saingan Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada Ahad.

Seperti dikatakan pengendali JDT, Benjamin Mora, anak buahnya sudah akan melakukan yang terbaik untuk menang ke atas Kawasaki Frontale, terutama selepas seri 0-0 Khamis lepas.

"Kami sudah bersedia.. Saya sendiri bersedia untuk turun ke padang tapi saya tak boleh bermain.

"Pemain JDT sudah bersedia menghadapi cabaran ini. Sudah tentu saya jangkakan pasukan Jepun akan memberi tentangan sengit ekoran sejarah, budaya dan disiplin mereka, mereka akan terus melakukan yang terbaik,” katanya.

Prestasi cemerlang JDT dalam saingan ACL bukan sahaja dicapai dengan semangat pemain sahaja tetapi juga dibantu dengan pemain ke-12 iaitu iaitu penyokong Harimau Selatan sendiri.

Sorakan dan nyanyian yang bergema di SSI sepanjang tempoh 90 minit permainan, sudah cukup menggerunkan semangat pemain lawan apabila bertandang ke kubu kuat JDT.

Namun aksi JDT bukan sahaja dipuji penyokong sendiri tetapi juga memikat pemain ke-13.

Johor Darul Ta’zim (JDT) football club defender Shane Thomas Lowry (centre) shaking hands with club technical director Alistair Edwards during the official signing ceremony of his contract extension on Oct 4, 2021. JDT coach Benjamin Mora (left) looks on.

Mora (kiri) yakin anak buahnya mampu mencipta kejutan.

Mereka adalah penyokong kelab lain selain JDT yang kagum dan memberi semangat kepada juara Liga Super itu untuk terus cemerlang beraksi di pentas Asia demi mengharumkan nama Malaysia.

"JDT berada dalam kelas dengan kelab-kelab Eropah pada abad ini. Semoga JDT memberi tentangan sengit dan mencapai kemenangan di tempat sendiri, salam penyokong Sabah," tulis Middin Samidin dalam ruangan komen di Facebook.

"Kawasaki ke, Honda ke, Toyota ke, JDT tetap terbaik, sokongan dari Sarawak," tulis Ace Vinvenco.

"Ada juga kemungkinan. Jangan leka. Dari segi hantaran dan ketepatan, Kawasaki ada kelebihan, tapi kemungkinan lain boleh berlaku," tulis Tarmizi Arepen.

"Selamat maju jaya JDT, buat yang terbaik, InsyaAllah, dari penyokong Kedah," tulis Ahmad Farhani Ramli.

JDT kini mendahului carta kumpulan I selepas mengutip tujuh mata selepas tiga perlawanan, manakala Kawasaki Frontale di tempat kedua dengan lima mata, Ulsan Hyundai yang mengutip empat mata di tempat ketiga manakala Guangzhou FC di tempat terakhir selepas gagal mengutip sebarang mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram