Impian peminat JDT, Mora berbaju Melayu di pentas ACL


Benjamin Mora meraikan kemenangan bersama pemainnya, Bergson Da Silva sebelum ini. — Bernama

SELEPAS mempamerkan aksi cemerlang dalam Kumpulan I Liga Juara-Juara (ACL) 2022, Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapat pujian bukan sahaja daripada penyokong, tetapi juga penonton bola sepak tempatan.

Menariknya ada permintaan khas daripada penyokong terhadap pengendali JDT, Benjamin Mora apatah lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Seorang warganet dikenali Fazli Che Fauzi berkata, dia mencabar Mora untuk memakai songkok berserta baju Melayu untuk baki tiga perlawanan JDT dalam ACL 2022.

"Tengoklah kalau (pakai baju Melayu) mungkin boleh jadikan JDT juara," katanya.

Peminat pasukan Harimau Selatan juga tidak sabar menyaksikan pertembungan JDT dengan Kawasaki Frontale pukul 10 malam ni di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan yang JDT jika diletak songkok sekalipun boleh menang kerana mempunyai barisan pemain yang hebat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir yang sedih dengan nasib jurulatih bola sepak tempatan yang disering dipandang rendah berbanding jurulatih luar negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram