Pemain terbaik milik Mane, kenapa Salah tak layak?


  • Podium
  • Ahad, 24 Apr 2022

Sadio Mane antara nama yang bakal bersaing untuk bergelar pemain terbaik tahunan.

BEKAS pemain Manchester City, Micah Richards telah memilih Sadio Mane sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) berbanding rakan sepasukan, Mohamed Salah.

Liverpool kini sedang mempamerkan aksi terbaik selepas memenangai 11 daripada 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi gandingan padu Salah dan Mane.

Pemain Mesir itu, Salah dilihat memulakan liga tahun ini dengan cukup cemerlang dan sedang memecahkan rekod peribadinya dalam EPL selepas menjaringkan 30 gol.

Tetapi, Richards memberitahu yang dia lebih kagum dengan kerjaya peribadi yang ditampilkan oleh Mane berbanding rakan sepasukannya itu.

Untuk rekod, Salah dinamakan sebagai Permain Terbaik Tahunan pada 2018 dan tahun ini menyaksikan kedua-dua mereka menjadi calon tumpuan untuk anugerah itu.

Richards bagaimanapun percaya yang Mane mempunyai kebangkitan luar biasa bersama Liverpool dan sikap tolak ansur yang dimiliki bersama rakan sepasukan adalah sesuatu yang membezakannya dengan pemain lain.

Richards dalam satu laporan di Daily Mail memberitahu yang kemasukan Mane ke Liverpool adalah sesuatu yang menakjubkan selepas Manchester United dan Tottenham terlepas daripada mengambil pemain itu dari Southampton.

Malah, Jurgen Klopp yang mengambil Mane percaya bahawa pemain itu boleh menjadi sangat istimewa bersama pasukannya.

"Dia (Mane) telah membuktikan perkara itu. Memang kita maklum yang Salah akan menjadi tumpuan untuk bergelar pemain terbaik .

"Tetapi jika kita lihat dengan lebih luas, terdapat bayang Mane disebalik kejayaan Salah," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram