TFC ke Sarawak tanpa bek import?


  • Podium
  • Ahad, 17 Apr 2022

Kelibat Pape Diakite dan Argzim Redzovic tidak dilihat dalam sesi latihan TFC menjelang perlawanan bertemu Sarawak United pada Ahad. — Facebook

MENJELANG perlawanan dengan Sarawak United pada Ahad, ramai penyokong Terengganu FC (TFC) mengharapkan kemenangan pada perlawanan yang akan diadakan di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.

Selepas kekalahan dengan JDT dan PJ City menerusi perlawanan sebelum ini, penyokong enggan melihat TFC tewas buat kali ketiga dan mengharapkan aksi yang terbaik ditampilkan.

Namun, menerusi gambar yang dimuat naik Facebook rasmi TFC, dua pemain import di posisi pertahanan iaitu Pape Diakite dan Argzim Redzovic tidak kelihatan.

Perkara itu sekal igus merisaukan penyokong yang beranggapan bahawa kehadiran pemain import itu sangat penting terutamanya untuk bersaing dengan pemain penyerang import Sarawak United.

WhatsApp Image 2022-04-16 at 8.53.21 PM

Tangkap layar komen yang ditinggalkan penyokong TFC.

"Import pertahanan tiada lagi ke? Jangan bola tinggi lemas lagi mengamuk fans tak belajar daripada kesilapan," kata Hud Mohd.

"Nampak Tembi, Ott, Jewlwes dengan Kepah sahaja. Mana pertahanan import? Bawa empat orang sahaja ke?" kata Daus Slamanya.

Turut menyatakan rasa kerisauan ialah Penyu Nelang yang beranggapan bahawa TFC tidak sepatutnya memandang rendah pihak lawan.

Terdahulu, pengendali TFC, Nafuzi Zain mencabar anak buahnya untuk menang dalam perlawanan menentang Sarawak United.

Tambah Nafuzi, hanya kemenangan sahaja yang mampu menaikkan kembali moral skuad Penyu yang kini berada di tangga tercorot liga tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram