Yazmin Aziz beritahu sebab idolakan Micheal Ang


  • Hiburan
  • Ahad, 17 Apr 2022

Yazmin bakal muncul dalam sebuah telefilem, Bunga dan Kayu yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

PENYANYI, Yazmin Aziz mengakui bahawa dia sebenarnya mengidolakan pengarah terkenal, Micheal Ang dan meminati karya-karya terbitan beliau.

Katanya, dia sudah lama menyimpan hasrat mahu berlakon di bawah arahan Micheal yang disifatkan olehnya sebagai seorang pengarah yang berbakat besar.

"Saya sebenarnya idolakan Micheal Ang sejak dulu, semua drama-drama dia ada mesej dan digarap sesuai dengan citarasa masyarakat.

"Sudah lama saya meminati beliau dan saya harap agar satu hari nanti diberi peluang untuk berlakon di bawah arahannya," katanya kepada Majoriti.

Tambah Yazmin lagi, selain menyanyi dan membuat kandungan di TikTok, dia juga sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam beberapa sitkom.

Katanya lagi, dia juga bakal muncul dalam sebuah telefilem, Bunga dan Kayu yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

"Ini merupakan telefilem pertama saya saya harap peminat dapat menerima watak yang dibawakan serta menghargai bakat lakonannya.

"Dalam telemovie ini saya bawa watak seorang kawan baik yang sangat ceria dan sentiasa menyokong kawan-kawanya, sama dengan tagline saya iaitu bestfriend," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram