Selepas Che Puan Khaleeda, kini giliran TMJ sokong Bella


  • Massa
  • Sabtu, 16 Apr 2022

TMJ turut menyatakan sokongannya terhadap Bella.

SELEPAS Che Puan Besar Khaleeda Bustamam tampil bersuara mengulas mengenai kes penderaan Bella, kini giliran suaminya pula mengikut jejak langkahnya.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instastory pada Sabtu sedia memberikan sokongan demi menegakkan keadilan buat kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) down syndrome berusia 13 tahun itu.

"I am with you (Saya bersama anda)," katanya sambil memberi emoji hati selain menambah tanda pagar #justiceforbella.

13cc872b-2389-4d32-afca-469afed122fa

Tangkap layar Instastory TMJ berhubung sokongannya terhadap keadilan buat Bella.

Terdahulu, Che Puan Khaleeda menegaskan, beliau akan melakukan apa sahaja kuasa yang dimiliki bagi mendapatkan keadilan buat Bella.

Isteri Tunku Ismail itu memberitahu bahawa beliau sudah jelak dengan sikap segelintir 'manusia pengecut' yang berfikir bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap insan yang lemah dan 'lepas tangan.'

"Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi yang pasti akan ada balasan yang setimpal buat sama ada di dunia dan akhirat.

"Kamu juga akan menjadi contoh kepada semua 'pengecut' di luar sana yang tidak pernah berfikir tentang akibat atas apa yang mereka lakukan di masa akan datang," katanya yang menujukan perkara itu buat pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Che Puan Khaleeda menaik kenyataan itu susulan perkongsian kontroversi peguam Siti Bainun di Facebook baru-baru ini yang turut mendapat kecaman warganet.

Dalam perkongsian di Facebook, peguam mewakili Siti Bainun, Hafidzah Hassan berkongsi gambar bersama anak guamnya dan sembilan lagi barisan peguambela yang turut mengedalikan kes berkenaan.

Hafidzah dalam statusnya menulis, "Semoga selepas ini cerita-cerita dilaporkan dengan adil dan tiada dokumen atau fakta sebelah pihak didedahkan.

"Semoga berjaya kepada rakan guaman saya," kongsinya.

Gambar tersebut mendapat kecaman orang ramai yang turut tidak selesa dengan riak ceria barisan peguam yang mewakili Siti Bainun. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram