Vidakovic direhatkan, 'fans' MU petik nama-nama 'familiar' jadi pengganti


  • Podium
  • Rabu, 13 Apr 2022

Vidakovic dikatakan menjadi jurulatih pertama yang bakal direhatkan dalam saingan Liga M musim ini.

RENTETAN daripada desas-desus yang mengatakan jurulatih Melaka United (MU) FC, Risto Vidakovic bakal menjadi jurulatih pertama direhatkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), penyokong bola sepak tempatan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap birokrasi dalam sistem bola sepak negara.

Kekecewaan itu juga turut ditujukan terhadap nasib Vidakovic yang berdepan tindakan tegas selepas dikatakan menyebar hal tunggakan pembayaran gaji pemain hingga memberi tanggapan negatif kepada skuad Sang Kancil itu.

vida 3

vida 4

Sebahagian komen netizen berhubung tindakan merehatkan Vidakovic. — Facebook

Seorang penyokong MU FC, Ahmad Zaki menerusi satu hantaran komen di laman Facebook Penyokong Bolasepak Melaka menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap jurulatih dari Bosnia itu tidak sepatutnya berlaku.

"Dari FA ke FC, keadaan masih sama dan dilihat beberapa muka yang sama dilihat masih melekat bagaikan lintah di sawah, ada dalam pasukan.

"Culas dalam pengurusan kewangan, culas dalam pengurusan manusia. Sedih betul nasib peminat bola sepak negeri Melaka.

"Dari digelar negeri Hang Tuah, lebih molek jadi bumi Hang Jebat yang berjuang menegakkan keadilan, menyanggah apa jua yang zalim," katanya pada Selasa.

Ahmad Nazim pula meninggalkan komen berkata, "Apabila orang berkata tentang hakikat dihukumnya pula. Zaman sekarang perlu duit, yang tak bayar gaji pemain sapa suruh?."

asri-ninggal

Asri dikatakan akan menggantikan tempat Vidakovic sebagai jurulatih interim. — Astro Arena

Terdahulu, pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam memuat naik ciapan di Twitter menyatakan kemungkinan Vidakovic menjadi jurulatih pertama direhatkan.

"Difahamkan, beliau tidak akan mengendalikan pasukan bermula esok selepas empat perlawanan dan Asri Ninggal dikatakan akan bertindak sebagai jurulatih interim," katanya pada Selasa.

Sementara itu, menjengah ruang komen di Facebook Harimau Malaya pula, Afiq Bruno merasakan jurulatih Melaka sebelum ini, Zainal Abidin Hassan sesuai bagi menggantikan tempat Vidakovic.

vida

vida 2

Sebahagian komen netizen yang mahu Zainal Abidin menggantikan Vidakovic. — Facebook

"Walaupun Zainal dikecam teruk..di penghujung musim, prestasi Zainal sebagai jurulatih meningkat dan Melaka melakar sejarah dapat ke separuh akhir Piala Malaysia.

"Apa salahnya guna khidmat Zainal sebab dia lebih tahu keserasian dan kekuatan setiap pemain. Aku rasa lebih baik kembalikan Zainal...itu lebih tepat untuk Melaka United pergi jauh.

"Dari dulu lagi, Melaka kalau import jurulatih luar memang ke laut dari dulu sampai la sekarang...jurulatih luar datang sini buta-buta tak kenal sesiapa," katanya.

Zainal-Abidin

Zainal Abidin pernah membawa Melaka hingga ke separuh akhir Piala Malaysia. — Facebook

Komen itu turut dipersetujui Mohd Nurkhairin Aren yang merasakan skuad Sang Kancil itu mempamerkan aksi mantap pada perlawanan separuh akhir merebut Piala Malaysia.

"Afiq Bruno betul, tengok time Piala Malaysia, padu juga team Melaka," ujarnya.

"Zainal bawak dah cun dah..siap masuk semi Piala Malaysia..kalah penalti saja. Kadang-kadang tu orang putih bukan pandai semua benda," kata Muhammad Khairil Azmin.

Pahang coach Dollah Salleh in the training session with his players before their FA Cup final match against Selangor at the Bukit Jalil National Stadium yesterday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. July 6, 2018.

Nama Dollah turut dipetik penyokong Melaka bagi menggantikan Vidakovic.

Ada juga yang merasakan bekas jurulatih kebangsaan Malaysia, Dollah Salleh sesuai untuk menggantikan Vidakovic.

"Pablo Dollah (gelaran Dollah Salleh) tengah tunggu giliran tu," komen Jimmy Froods.

Selain itu, nama bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe juga disebut-sebut bakal menduduki kerusi panas itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram