Tak sampai 24 jam, polis tahan pemandu Toyata Hilux kes buli jalan raya


  • 112
  • Isnin, 21 Mac 2022

TANGKAP layar video memaparkan aksi pemandu Toyota Hilux yang menghimpit kenderaan lain. — Facebook

POLIS menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan di KM138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi Ahad ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT bagi membantu siasatan kejadian.

"Siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, Shafee dilapor berkata, berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit 35 saat yang tular menerusi laman sosial, kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran PMX3338 tersebut telah melakukan buli jalan raya dengan menghimpit sebuah kenderaan yang tidak pasti nombor pendaftarannya sehingga hampir menyebabkan kemalangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram