Kenaikan gaji minimum tak menjamin kualiti kerja


RAMAI yang menyambut baik keputusan kerajaan meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 sebelum ini. — The Star

BARU-BARU ini kerajaan mengumumkan yang gaji minimum sekarang ditingkatkan kepada RM1,500 dan perkara itu disambut baik kebanyakan rakyat.

Manakan tidak, dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya yang bekerja di ibu kota, semestinya kenaikan walaupun sedikit gaji minimum itu dapat mengurangkan beban bulanan yang ditanggung.

Namun lain pula ceritanya bagi pengguna Facebook, Ahmad Isa yang secara tiba-tiba bercakap mengenai isu kualiti kerja dengan kenaikan gaji minimum.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ahmad Isa menegaskan yang kenaikan gaji minimum tidak akan memberi kesan terhadap kualiti kerja seseorang.

"Akhir bulan ini, genap setahun saya hire pekerja. Selama setahun ini, banyak perkara yang saya belajar dan saya juga buat kesilapan yang sekarang baru saya sedar. Salah satunya tentang gaji.

"Guru saya kata, kenaikan gaji takkan mengubah attitude seseorang, ia hanya membesarkan sifat dasar seseorang.

"Salah seorang staff saya kata, "Mungkin bos beri gaji rendah, staff tak perform," katanya.

Disebabkan itu juga kata Ahmad Isa, dia menaikkan gaji pekerjanya dan terbukti, sikap serta cara kerja masih lagi sama.

Dalam perkongsiannya juga, Ahmad Isa memberikan beberapa nasihat kepada pekerja dan majikan bila menyentuh soal gaji.

"Jika anda seorang pekerja dan masih ada kerja, buat kerja betul-betul, capaikan KPI syarikat lebih dari apa yang syarikat minta.

"Niat bekerja adalah untuk jadi yang terbaik buat diri sendiri. Kerana kebahagiaan bukan datang dari apa yang kita ada, tapi apa yang kita jadi. Be the best version of you.

"Bila buat lebih dari sepatutnya, bos dengan tenang dan senyum nak beri gaji minimum setinggi mana pun kerajaan tetapkan.

"Insya-ALLAH hati jadi lebih tenang dan lapang. Silap-silap bos bagi bonus sebab terlalu bagus," katanya.

Untuk majikan pula kata Ahmad Isa, upah pekerja yang betul walaupun terpaksa melabur gaji yang tinggi kerana orang yang betul akan bawa syarikat capai visi dengan lebih cepat.

"Guru saya kata lagi, orang yang betul dan bagus bukan dicipta, tapi dijumpai.

"Bila dapat staff yang perform, hati jadi tenang dan lapang. Syarikat pun grow dengan cepat. Insya-ALLAH," katanya.

Soal gaji dan prestasi kerja seseorang itu adalah sesuatu yang subjektif untuk dibincangkan kerana ia perlu dinilai dengan bebanan kerja yang ditanggung.

Kurang tepat jika kita hendak menilai prestasi seseorang itu dengan nilaian gaji yang diberi kerana kualiti kerja yang baik juga tergantung kepada kualiti kehidupan seseorang pekerja itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram