Zul Ariffin mohon maaf kepada semua yang terkesan adegan panas


  • Hiburan
  • Isnin, 21 Mac 2022

ZUL Ariffin memberitahu bahawa dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya. — Instagram/Zul Ariffin

SELEPAS menerima kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak susulan klip video 'adegan panas', pelakon Zul Ariffin akhirnya tampil memohon maaf melalui InstaStory beliau pada Isnin.

Pelakon tersebut memberitahu akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial selepas ini bagi mengelak kejadian sama berulang.

Beliau juga turut mengambil maklum terhadap respons daripada semua pihak berhubung klip kontroversi yang dipaparkan sebelum ini.

"Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.

"Selepas ini saya lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial," katanya.

Sebelum ini, klip video memaparkan babak Zul Ariffin mendukung pelakon, Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna alam maya yang menganggapnya tidak sesuai dan keterlaluan.

zul ariffin perempuan itu

KLIP video memaparkan babak panas Zul Ariffin menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna alam maya.

Perkara tersebut turut mendapat teguran Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Bagaimanapun, Zul Ariffin telah pun memadam klip video berkenaan daripada akaun media sosialnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram