TV Al-Hijrah kena kecam kerana jemput 'Kak Long'


TINDAKAN TV Al-Hijrah dikritik kerana menjemput Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long yang tular di media sosial itu kerana insiden kekecohan kedai serbaneka 7 Eleven. — Facebook PU Amin

STESEN televisyen Al-Hijrah dikatakan semakin tidak relevan dengan sasaran penontonnya apabila dikatakan mahu menjemput Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long Kosmetik dalam satu program bual bicara.

Rata-rata warganet mengkritik tindakan TV Al-Hijrah kerana menjemput Wan Nor Baizura yang tular di media sosial susulan insiden kekecohan kedai serbaneka 7 Eleven di Dungun, Terengganu baru-baru ini.

alhijrah 2

CIAPAN dari pengguna Twitter, Muhammad Syarafi.

"TV Al-Hijrah, kalau tak ada content sangat nak buat, jemputlah mana-mana doktor ke, peguam macam aku ke, panggil buat perkongsian yang berilmiah sikit. Ni panggil orang ntah hapa-hapa (tak sepatutnya) ni nak jadi macam Melodi ka?" kata pengguna Twitter, Muhammad Syarafi.

"Sayangnya sebab TV Al-Hijrah sudah berhijrah kepada info-info yang tidak berguna dan maaf saya katakan langsung tidak berguna... Tuan, kebanyakan rakyat Malaysia suka akan info-info sebegini.. makanya kita yang relevan ini menjadi tidak relevan pada mereka..tiada akhlak yang mampu saya contohi apatah lagi kata-kata," ujar Shakila Razali.

"Dulu kami sekeluarga suka TV Al-Hijrah, tapi dah beberapa tahun ni tak pernah buka dah pun. Dengan iklan yang banyak, jual barang. Dah jadi macam penunggang agama pun ya," kata KucinSuzzy.

Bagi warganet, stesen TV yang menyiarkan benda kebaikan dan keagamaan seperi TV Al-Hijrah sepatutnya menjemput pekerja 7 Eleven itu dan bukannya Kak Long ekoran sifat sabar dan lemah lembut percakapan pekerja itu yang patut dicontohi.

Malah, Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle juga kecewa dengan TV Al-Hijrah dengan pemilihan jemputan mereka dan beliau berpendapat mangsa yang sepatutnya dijemput ke rancangan itu.

"Kecewa dengan TV Al-Hijrah dengan jemputan mereka. Sepatutnya panggil pihak yang diprovokasi kerana akhlak mereka yang baik. Sekadar meluahkan perasaan," kata Dr Rozaimi.

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, terdapat warganet yang mempertahankan TV Al-Hijrah dan memaklumkan episod program itu masih belum disiarkan.

Oleh itu, baginya adalah tidak adil warganet terus menghentam steten televisyen itu tanpa mengetahui intipati program.

Majoriti kini cuba mendapatkan penjelasan daripada TV Al-Hijrah berhubung perkara itu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram