'Politik sampah' bakal heret KL City senasib dengan Perak FC


  • Podium
  • Selasa, 15 Mac 2022

KL City FC menamatkan 32 tahun kemarau kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan JDT 2-0 pada 2021. — Facebook Kl City FC

KEMELUT tunggakan gaji yang dihadapi oleh pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC yang menimpa kepada pemain dan pegawai pasukan sejak dua bulan lalu difahamkan kerana perbezaan ideologi politik.

Situasi menyedihkan bagi KL City itu sepatutnya tidak berlaku, apatah lagi bagi sebuah kelab yang baru bergelar juara Piala Malaysia.

Jika benar perkembangan kewangan kelab itu seperti diperkatakan, maka KL City bakal mengikut jejak langkah Perak FC yang sehingga hari ini gagal menyelesaikan isu gaji tertunggak.

Bagi kelab peminat KL City FC menerusi satu hantaran di laman Facebook T59-Bangsar, permainan politik dalam Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sentiasa ada setiap musim sehinggakan para penyokong cukup lali dengan kepelbagaian agenda politik.

kl city fc 2

HANTARAN dari kelab peminat KL City FC, T59-Bangsar

T59-Bangsar mendakwa, isu seperti tangan ghaib, masalah kewangan dan masalah tajaan masih berlaku walaupun pasukan itu sudah memenangi Piala Malaysia selepas 32 tahun menunggu.

"Politik dalam KLFA ni bukan sahaja terpalit untuk prestasi pasukan, tapi ia melibatkan gaji pemain dan kakitangan, bayangkan yang KL City FC dapat semua last minit, itu pun mujur ada penaja. Kalau nak harap geran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) macam mana la.

"Pemikiran sempit disebabkan fahaman politik berbeza, sebenarnya anda memang pentingkan kedudukan peribadi kan?

"DBKL, memang akan beri geran sama fahaman politik saja ke? Apa punya bangkai perangai korang ni. Bagi hak mereka tu. Dah la logo buruk !

"Tuan Presiden Khalid Samad dah keluar kenyataan pasal geran dari DBKL, semua ni sebab fahaman politik," katanya.

Malah, pengguna Facebook itu juga menegur Patron KL City FC, Tan Sri Annuar Musa yang didakwa memajak stadium Kuala Lumpur dan berikan kepada syarikat proksi dibawahnya sewaktu beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Selain itu, halaman itu juga menegur Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang seakan bertindak endah tak endah kerana tidak mengeluarkan kenyataan dan siasatan rasmi berhubung isu stadium itu.

"Bos Shahidan Kassim tak nak keluarkan kenyataan dan siasatan pasal tu ke? Atau takut sebab ada geng fahaman politik yang sama terlibat? Come on.. Transparent bro !

"Anda tahu rata-rata yang sokong bola sepak ini anak muda, jangan sampai anak muda juga yang menjatuhkan anda, Sila bertindak lebih agresif.

"Atau perlu kami buat laporan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk hal ini? Kalau macam ni punya hal sampai bila bola sepak dalam Malaysia ini nak maju lahanat. Ada saja lepas tangan, dan menunding jari," katanya.

Dalam pada itu, kelab penyokong The City Boys itu juga berkata, lebih rela bermain di liga biasa daripada digunakan oleh segelintir ahli politik yang tiada keikhlasan dalam membantu pasukan itu.

"Anda semua ni kalau tidak ada passion dalam bola sepak Kuala Lumpur elok berambus saja. Tidak payah ada dalam KLFA. Kami rela saja pasukan Kuala Lumpur main liga kumbahan, bukan tak biasa.

"Bila dah ada nama esok masing-masing nak claim. Keikhlasan tu tidak langsung. Anda yang tai* politik jangan nak menjilat sangat, jahanam bola sepak Malaysia ini sebab ada nya perkataan kabel, hadiah, politik," katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Presiden KLFA, Khalid Samad berkata, kegagalan pasukan menjelaskan gaji pemain adalah ekoran geran tahunan yang sepatutnya diberikan DBKL tidak disalurkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram