'Rupanya bukan JDT yang cipta gol terbanyak di Piala FA'


  • Podium
  • Isnin, 14 Mac 2022

POSTER yang memaparkan kejayaan JDT menumpaskan BRM FC yang dianggap sebagai sejarah baharu dalam Piala FA. — Facebook

KECOH di media sosial susulan perlawanan antara JDT menentang BRM FC yang menyaksikan pasukan itu menang 10-0.

Kemenangan itu juga dikatakan mencipta sejarah tersendiri kerana didakwa sebagai gol paling banyak dijaringkan dalam satu perlawanan di Piala FA.

Malah, dikatakan rekod sebelum ini dipegang oleh Kelantan United yang menang ke atas MPKJ dengan jumlah 8-0 pada Piala FA 2019.

Namun, semakan Majoriti mendapati yang sejarah kemenangan dengan jumlah gol terbanyak di Piala FA ialah antara Rawang City FC dan Batu Dua FC.

Pertemuan itu menyaksikan Batu Dua FC menang 17-1 dalam perlawanan Piala FA pada 2019.

melakaaa

TANGKAP layar mengenai fakta kemenangan dengan gol tertinggi di Piala FA. — Twitter

Malah, pengguna twitter mahabolamy juga memaklumkan yang ada beberapa pasukan lain juga sudah menjaringkan gol lebih banyak dalam Piala FA berbanding JDT.

"Tidak tepat. Melaka menang 13-0 ke atas Za’ba Terengganu di Kuala Terengganu dan 12-1 di Melaka, (agregat 25-1) pada aksi pusingan pertama Piala FA 2001," katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen juga memberi kata-kata semangat terhadap BRM FC walaupun pasukan itu kalah dengan jumlah gol yang besar dengan JDT.

netz

ANTARA kata-kata semangat yang ditinggalkan netizen buat pasukan BRM FC. — Facebook

Dean Ahmad Zawawi berkata, BRM FC telah memenangi hati penyokong semua dan menyifatkan perjuangan kelab itu belum berakhi kerana siapa sangka pasukan BRM FC dari kampung dah boleh lawan denganJDT.

"Pengalaman berharga untuk kita semua, teruskan perjuangan di liga M3, insyaALLAH satu hari nanti dari liga M3 kita duduk setara dengan pasukan liga super atau perdana," katanya.

"BRM FC dah buat yang terbaik. Tiada perkara yang memalukan. Mereka patut bangga sebab kalah hanya 10 gol. Lawan team JDT kot. Lain la macam team dalam Perak lagi satu sebelum ini, itu patut dihina gila-gila. Sudahlah ada import dan pemain kebangsaan, kalah sampai tujuh gol," kata Selamanya Sunrise.

"Attitude yang sangat baik dipaparkan BRM FC. Semoga terus lebih giat dan lebih berjaya di masa akan datang. Sangat memandang tinggi pada yang bersemangat kesukanan begini. Ini winning attitude. Hari ini satu daripada beribu pengalaman yang bakal ditempuhi. Pastinya BRM FC akan lebih berjaya lagi dalam hari hari mendatang," kata Suraya Zayn. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram