KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan rakyat Johor.
Namun, kemenangan besar BN itu nampaknya masih tidak disenangi kelompok pembangkang yang terus menyalahkan rakyat Johor.
A. Kadir Jasin menerusi akaun Facebook miliknya menulis, 'Bangsa Johor pilih kleptokrasi. Ramai tidak keluar mengundi. Pembangkang hanyut kerana ego sendiri'.
TANGKAP layar status A Kadir Jasin berkaitan PRN Johor baru-baru ini. — Twitter
Status itu kemudian telah mendapat komen di Twitter yang menganggap rakyat tetap akan disalahkan jika tidak sehaluan dengan pembangkang.
Affendias berkata, tak habis-habis salahkan rakyat, masa berkuasa salahkan rakyat, dah tak berkuasa salahkan rakyat.
TANGKAP layar komen-komen yang ditinggalkan berkaitan status A Kadir Jasin. — Twitter
"Betul, hidup mereka memang kerja salahkan rakyat sahaja. Undi BN pun tetap disalahkan. Senang betul hidup bila dah puas habiskan harta negara," kata azlie812.
Mdnoor_razmi pula berpendapat yang Pakatan Harapan (PH) tidak sehaluan lalu memberi kelebihan pada BN untuk memenangi PRN Johor.
"Dia sajalah yang betul. Kalau menang, rakyat Johor sudah bijak dan sedar. Dah kalah, macam-macam dia ratib. Dia juga kata walau 1 undi, menang adalah menang.
"Adakah mereka ini dah takut? Semakin banyak pembongkaran, semakin mereka gelisah. Dia juga tak mahu brtanding PRU akan datang, takut kalah? Turun sebelum dibuang?" kata ElCaptano126. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram