'Liga Thailand kuota 7 pemain import pun boleh menang Piala AFF Suzuki'


  • Podium
  • Jumaat, 11 Mac 2022

ADA peminat berpendapat kehadiran pemain import menyekat peluang pemain tempatan serta pemain muda untuk beraksi. — Facebook Johor Southern Tigers

JUMLAH kuota import Liga Malaysia (Liga M) merupakan satu isu hangat yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan sejak dahulu lagi.

Ada yang berpendapat, kuota import yang ketika ini dibenarkan sebanyak lima pemain bagi Liga Super dan empat pemain bagi Liga Premier, menyekat peluang pemain tempatan serta pemain muda untuk beraksi.

Ia juga dikatakan menjadi punca prestasi skuad kebangsaan merudum, lebih-lebih lagi selepas persembahan hambar Harimau Malaysia di pentas antarabangsa sejak beberapa tahun ini.

Seorang pengguna Facebook, Amin Belang Onexox bagaimanapun berpendapat bahawa pemain import dapat membuatkan pemain tempatan bekerja dengan lebih keras untuk bersaing mendapatkan tempat dalam pasukan.

Katanya, perkara itu tidak harus dipertikaikan kerana ada negara yang membenarkan lebih ramai pemain import dalam liga mereka tetapi prestasi skuad kebangsaan mereka lebih menyerlah berbanding Harimau Malaya.

"Liga Thailand kuota tujuh pemain import, muncul Juara AFF Suzuki 2020. Liga Arab Saudi kuota sembilan pemain import muncul Juara kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia.

"Persaingan sengit dalam kalangan pemain akibatkan pemain terpaksa lebih bekerja keras bagi mempertingkatkan kualiti diri.

"Macam di sekolah, kau kategori cerdik, tapi masuk kelas budak-budak 'tak pandai', setiap semester kau dapat nombor satu. Belajar lebih kurang pun tetap nombor satu. Selesa, tapi nombor satu dalam kalangan budak tak pandailah.

"Tapi cuba kau masuk 'kelas pandai', persaingan akan sengit... cukup ke belajar ala kadar. So kena kerja lebih. More tuisyen, kelas tambahan," katanya.

Screenshot 2022-03-11 at 12.54.16 PM

Hantaran Amin Belang Onexox berkenaan kuota pemain import Liga M.

Menurutnya, kehadiran pemain import sepatutnya memberi semangat kepada pemain tempatan untuk bekerja keras untuk besaing mendapatkan tempat dalam pasukan.

Tambahnya, peminat bola sepak tempatan yang sering membangkitkan isu kuota import takut kepada persaingan dan mahu pemain tempatan selesa di tempat mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram