INI bukan kali pertama nama Aina Abdul menjadi perhatian di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) bukan hanya kerana kehebatan vokalnya, tetapi disebabkan busana yang diperagakan.
Untuk AJL-36 yang berlangsung pada Ahad, nama Aina sekali lagi sebutan netizen dan kali ini, busana yang diperagakan ibarat membawa satu 'taman' ke atas pentas.
"Someone really said in the comments, patutlah aku pergi nursery semua bunga habis. Tapi dia sangat cantik," kata ONLYSAHIILUV.
"Aina literally bring the whole garden," kata deenkhal.
"Ini kalau bawa pergi dating, naya. Nyamuk banyak," kata Muhamad Ariff.
TANGKAP layar komen netizen yang beranggapan bahawa Aina seperti syok sendiri. — Twitter
Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan bahawa pasangan Aina iaitu Khai Bahar juga memperagakan busana bermotifkan sama supaya kedua-duanya nampak seimbang ketika membuat persembahan.
"Okay Aina if nak buat macam itu. I'm cool with that. Tetapi, pastikan Khai Bahar punya baju juga have the same energy. Dia macam syok sendiri jadi pokok dekat atas itu. Khai pakai normal suit pun segan nak dekat sebab masa rehearsal, Khai nyanyi dengan Aina Abdul, bukan Aina Anggur," katanya.
Terdahulu, Aina membuat persembahan bersama Khai menerusi Nafas Cinta di pentas akhir AJL-35. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram