WALAUPUN menghidap autisme, anak kepada pelakon, Zarina Zainuddin yang dikenali dengan nama Azal menunjukkan sesuatu yang sangat membanggakan.
Azal memang diketahui sebagai seorang yang sangat aktif di media sosial namun ramai yang tidak menyangka bahawa segala yang ditulis di ruangan kapsyen adalah tulisan Azal sendiri.
Perkara itu disahkan oleh Zarina yang menganggap apa yang dilakukan anaknya itu ibarat manusia normal yang lain.
"Pandai Azal taip macam orang normal. Kalau orang tengok Instagram Azal, semua itu dia sendiri yang muat naik.
"Dia tak beri saya pegang telefon bimbitnya. Boleh gaduh besar kalau saya pegang telefonnya itu.
"Kalau dia nak berhubung dengan kawan-kawan di alam maya, memang melalui telefon sahaja. Kawan yang betul-betul tiada pun.
"Kawan baik Azal ialah ibu, abah dan Azil," katanya di akaun media sosialnya.
TANGKAP layar status yang dimuat naik Azal di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian Azal di akaun Instagram miliknya, dia memberitahu yang dirinya positif Covid-19.
Di dalam status yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu, Azal memohon maaf kepada semua yang menjadi kontak rapatnya dan berharap mereka semua dapat melakukan ujian saringan segera. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram