PADA Isnin tular sebuah rakaman video salji turun di kawasan Gunung Kinabalu selama kira-kira dua minit dan fenomana itu mengejutkan pendaki serta malim gunung yang sedang berada di kawasan Sayat-Sayat berdekatan puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.
Kebanyakan orang ramai yang mononton video itu berasa kagum dengan fenomena yang berlaku itu kerana ramai dalam kalangannya berharap mereka juga akan mengalami perkara iaitu dapat melihat salji dengan mata sendiri.
TANGKAP layar hantaran dari Facebook PakLong Hery.
Tidak seperi yang lain, bagi pengguna Facebook PakLong Hery pula, fenomena yang tular itu bukanlah satu perkara yang luar biasa ekoran dia sendiri pernah merasainya semasa mendaki Gunung Kinabalu.
"Salji turun di Gunung Kinabalu bukan perkara luar biasa. Memang awal tahun 90-an ke bawah ada salji di atas sana," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Tambahan lagi, dia juga menceritakan ketika mendaki Gunung Kinabalu pada 2011, malim gunung yang memberitahu bahawa di kawasan puncak gunung itu memang bersalji namun makin lama makin hilang.
Dalam pada itu, dia juga bersyukur kerana setelah hampir 30 tahun menghilang, orang ramai yang mendakinya masih dapat melihat fenomena salji turun di Gunung Kinabalu itu.
"Paklong pernah mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2011 yang lalu..paklong tanya sendiri dengan Maling Gunung/potter yang bawa barang di situ.. dulu memang ada salji di atas tu,.. makin lama makin kurang dan terus hilang.
"Alhamdulillah pagi ni (Isnin) sebilangan pendaki dapat merasai semula salji di puncak gunung kinabalu setelah hampir 30 tahun salji menghilang," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram