‘PT3 ada ke tak, belajar tetap kena belajar’


PT3 dikatakan belum pasti bakal dilaksanakan semula selepas dua tahun ditangguhkan. — The Star

UJIAN Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun lalu ditangguhkan susulan penularan Covid-19 yang belum ditangani sepenuhnya.

Selain itu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengambil kira masa yang ada untuk pelajar membuat persediaan khususnya pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

PT3 pada tahun ini berkemungkinan diadakan semula pada Oktober hingga November, namun seorang guru mendakwa ujian berkenaan berkemungkinan turut ditangguhkan.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Faidzal di laman Facebook mendakwa, KPM masih belum mengeluarkan sebarang keputusan rasmi berhubung PT3 yang dijangka diadakan pada Oktober.

"Katanya exam PT3 Oktober ini belum confirm pula. Kita tunggu jawapan pihak KPM.

"Apa pun ada ke tidak exam PT3, belajar tetap kena belajar.

"Antara sebab penentuan aliran Form 4 dan juga kesinambungan silibus dari PT3 ke SPM.

"Dan kalau tak mula dari awal, terkucar-kacir di penghujung jalan baru nak sedar ke?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet menyambut baik pelaksanaan PT3 diadakan semula susulan tertangguh selama dua tahun akibat Covid-19.

Screenshot 2022-02-20 135002

ANTARA komen warganet di media sosial. — Facebook

Majoriti cuba mendapatkan maklum balas daripada KPM namun tiada sebarang jawapan diberikan buat masa ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PT3, KPM, ujian, Tingkatan 4, SPM, belajar, PdPR, Covid-19, mansuh