'Sepatutnya pemain perlu ikut budaya dan cara Pan-gon'


  • Podium
  • Isnin, 21 Feb 2022

PAN-GON diperkenalkan secara rasmi pada 17 Februari lalu. — Facebook FAM

PELANTIKAN Kim Pan-gon dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih bola sepak kebangsaan baharu merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh para peminat tanah air.

Masakan tidak, segelintir peminat mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencontohi Vietnam dan Indonesia yang berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan di bawah kendalian dua jurulatih Korea Selatan iaitu Shin Tae-yong dan Park Hang-seo.

Ada juga pihak mahu Pan-gon mempelajari budaya bola sepak Malaysia dengan segera untuk memahami segala sistem yang diguna pakai dalam sukan berkenaan di negara ini.

Namun warganet tidak bersetuju dengan pandangan berkenaan kerana berpandangan tiada apa perlu dibanggakan dengan budaya bola sepak Malaysia.

"Tak pergi jauhlah kalau ikut sangat budaya dan cara bola sepak pasukan ranking ke-154 dunia.

"Sepatutnya pemainlah kena ikut budaya dan cara bola sepak yang Pan-gon mahukan, dia ada cara dan falsafah dia sendiri," kata pengguna Facebook, Mohd Ezwan.

"Mana-mana jurulatih cakap perlu belajar budaya Malaysia, itu adalah kesilapan kalau amalan budaya Malaysia kekal dibawa pemikiran sebegitu?

"Beri saya satu amalan dan apa yang boleh dibanggakan bola sepak Malaysia setakat ini? Malaysia kekal berbangga dengan budaya lama dan sejarah, tidak mahu berubah langsung atau kata lain takut hilang pengaruh," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Jem Sha.



ANTARA komen warganet di media sosial. — Facebook

Sepatutnya berikan ruang kepada Pan-gon tanpa memberi terlalu tekanan kepada beliau. Nilailah beliau melalui keputusan perlawanan yang dicapai.

Sekiranya beliau tidak mencapai sasaran ditetapkan, kritiklah. Sekarang ini, para peminat dan pengkritik perlu beri ruang kepada beliau untuk menjalankan tugas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram