'Satu perjalanan berliku Rahman Rasid'


RAHMAN Rasid sudah mencipta nama sejak sekolah lagi yang mana dia pernah menjadi johan program 'Mencari Ramli' dan diterbangkan ke Manchester United dalam program tersebut. — Facebook TFC II

AKSI pergaduhan antara Terengganu FC II (TFC II) dan Penang ketika Kejohanan Bola Sepak Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu pada Rabu menutup kejayaan yang harus diraikan oleh skuad The Turtles itu.

Kejayaan TFC II pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu menyaksikan pemain muda, Ahmad Nur Rahman Ab Rasid menjadi penjaring gol tunggal perlawanan tersebut dengan jaringan hatriknya.

NETZ KE PODIUM.

HANTARAN dari Analisis Bola Tranung

Laman Facebook, Analisis Bola Tranung menyatakan dalam satu hantaran pada Khamis, Rahman Rasid melalui perjalanan yang berliku selama dia bergelar sebagai pemain bola sepak.

"Lumrah seorang pemain yang hendak berjaya bukannlah semudah yg disangka. Ketika Piala Belia atau Piala Presiden Terengganu (saya tidak ingat), beliau telah diuji dengan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

"Selepas proses pemulihan, kini tibanya masa beliau melakukan kemunculan semula ke kancah bola sepak tempatan dengan menyertai TFC II pada usia 21 tahun," katanya.

Malah, mengikut halaman Facebook itu, Rahman Rasid sudah mencipta nama sejak sekolah lagi yang mana dia pernah menjadi johan program 'Mencari Ramli' dan diterbangkan ke Manchester United dalam program tersebut.

Selepas itu, dia juga difahamkan mengasah bakatnya bersama Young Titans Football Academy iaitu akademi bola sepak yang melahirkan pemain seperti Rahadi Azli Rahalim di bawah naungan T-Team Football Club.

"Dan walaupun T-Team sudah berkubur tanpa nisannya, akademi ini masih lagi hidup untuk terus melahirkan lebih ramai lagi bakat bakat yang bakal mencerahkan industri bola sepak tempatan," dakwanya.

Dalam pada itu, menurutnya, Rahman Rasid juga pernah terpilih untuk ke Bali, Indonesia bagi menghadapi tiga lagi fasa penapisan untuk akademi bola sepak di Bayern Munich dan semasa ramaja dia diserapkan ke skuad Piala belia Terengganu.

Peminat bola sepak TFC II berharap agar jaringan gol pada Rabu itu akan menjadi permulaan untuk lebih banyak kejayaan lebih besar dalam karier bola sepak Rahman Rasid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram