TERPAKSA memikul beg seberat enam ke tujuh kilogram bagi seorang murid sekolah rendah darjah dua.
Purata jumlah berat beg itu hampir sama bagi setiap murid darjah dua selepas beberapa ibu bapa memuat naik gambar berat beg anak masing-masing dalam media sosial.
TANGKAP layar komen mengenai berat beg milik seorang murid darjah dua. — Facebook
Seorang pengguna Facebook, Siti Halijah Jaafar berkata, berat beg sekolah anaknya sebanyak 6.2 kilogram (kg).
"Anak saya darjah dua dan berat badannya ialah 22 kg. Berat beg itu adalah untuk jadual pada hari Selasa iaitu lima subjek," katanya.
TANGKAP layar komen beg berat yang dipikul oleh darjah dua. — Facebook
Dila My turut memuat naik gambar beg anaknya yang berada di darjah dua iaitu seberat 6.4 kg.
TANGKAP layar komen mengenai kerisauan ibu terhadap anaknya. — Facebook
Hani Syahirah Nordin juga memuat naik berat beg sekolah anaknya (darjah dua) iaitu sebanyak 7.2 kg dan kelas anaknya berada di tingkat tiga.
"Perkara yang saya sentiasa pesan setiap kali menghantarnya ke sekolah ialah supaya dia berhati-hati ketika naik tangga. Risau dengan begnya yang berat," katanya.
TANGKAP layar komen mengenai berat beg yang hanya mengandungi buku. — Facebook
Seorang lagi pengguna Facebook, Benang Emas turut memuat naik gambar beg sekolah seberat 6.8 kg dan katanya itu hanyalah berat buku.
"Belum masuk botol air dan bekal lagi. Kalau kementerian masih buat tidak tahu, tak lama lagi budak-budak macam pikul 10 kilogram beras ke sekolah," katanya.
TANGKAP layar komen beg yang ditimbang. — Facebook
Turut memuat naik gambar beg sekolah seberat 6 kg ialah guru, Mohd. Fadli Salleh.
Tambahnya, jumlah berat beg itu hanyalah berisi buku dan tidak termasuk bekalan makanan dan air. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram