Pemandu Bezza kena 'lauk' di Ipoh


  • Tular
  • Jumaat, 28 Jan 2022

TANGKAP layar kejadian berkenaan yang dikongsi orang ramai.

KEKECOHAN berlaku di Station 18, Ipoh pada malam Khamis apabila seorang pemuda yang didakwa mahu mencuri diserang sekumpulan lelaki sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

Menerusi video yang dikongsikan orang awam di Facebook, pemuda yang menaiki kereta itu pada mulanya dikejar oleh beberapa penunggang motosikal sehingga ke kawasan rumah kedai.

Apabila tiba di kawasan itu, kenderaan yang dipandu pemuda itu akhirnya terperangkap selepas dihalang oleh sebuah kereta lain.

Kenderaan pemuda itu kemudiannya diserang oleh sebahagian orang yang mengejarnya sehingga menyebabkan kerosakan di beberapa bahagian.

Menurut salah seorang saksi, pemuda itu didakwa mahu mencuri barang yang terdapat di dalam bakul motosikal seorang pekerja p-hailing.

"Nak ambil barang budak Food Panda dalam bakul (motosikal), bila tanya dia lari. Itu yang mereka kejar.

"Ketika dikejar dia langgar orang pula, lagi la panas," menurut saksi berkenaan.

Selepas kenderaannya diserang, pemuda itu akhirnya keluar daripada kenderaannya sebelum pihak polis tiba di kawasan kejadian.

Setakat ini masih belum terdapat kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

curi, p-hailing, food panda, diserang, ipoh