BANJIR besar yang melanda beberapa negeri baru-baru ini memberi kesan yang sangat memeritkan apatah bencana itu tidak dijangka sama sekali.
Lantas, bantuan yang diumumkan kerjaan sebelum ini seperti pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 kembali ditagih.
Bantuan itu sebelum ini banyak membantu rakyat ketika pandemik Covid-19 mengganas dalam negara hingga membuatkan ramai hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.
Namun, permintaan khas rakyat buat kali ketiga untuk digunakan selepas dilanda bencana banjir nampaknya tidak mendapat restu daripada kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan bahawa sudah banyak bantuan diberikan untuk mangsa banjir dan tiada keperluan bagi kebenaran mengeluarkan wang KWSP.
Apatah lagi dengan jumlah pencarum yang mempunyai kadar simpanan KWSP yang terlalu sedikit membuatkan kerajaan khuatir jika kebenaran itu diberikan.
TANGKAP layar komen netizen di Facebook berkenaan dengan isu pengeluaran wang KWSP. — Facebook
Namun, rata-rata rakyat masih kecewa dengan keputusan kerajaan itu termasuklah pengguna Facebook, Vijek Mohen Rao.
"Bila negara lain susah, negara kita berlumba-lumba nak bagi bantuan dan tunjukkan kononnya kita prihatin. Tapi bila rakyat susah, disuruh buat pinjaman.
"Bukan ke mangsa banjir ni dalam keadaan susah, ini menambahkan beban lagi walaupun tiada faedah, bayaran bulanan tetap perlu dilakukan.
"Ini la nasib kita bila kerajaan lebih pentingkan kuasa dan kedudukan mereka. Saya harap pilihan raya umum akan datang kita akan sokong parti bebas di mana calon berkhidmat pada rakyat seperti Uncle Kentang," katanya.
TANGKAP layar komen netizen di Facebook berkenaan dengan isu pengeluaran wang KWSP. — Facebook
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Wak Mastor berkata, rakyat kini dibuat seperti peminta sedekah.
"Inilah yang jadi bila rakyat terlalu berlembut. Kalau di luar negara, mereka yang amacam ini sudah kena humban dalam lubang tahi.
"Bangkit la semua, sampai bila kita nak hadi hampa kepada menteri yang pungut cukai daripada kita. Fikirlah nasib anak-anak kita nanti jika terus begini," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram