
SATU video tular yang dimuat naik ke Facebook pada Sabtu menunjukkan pemandu sebuah kereta berwarna putih ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR).
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, seorang pemandu mabuk telah ditahan di SJR Op Khas Ambang Krismas.
Kejadian berlaku di Jalan Duta Kiara kira-kira 1.10 pagi pada Sabtu.
Pemandu itu cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya.
Anggota polis kemudian mengejar dan berjaya menahan kenderaan terbabit.
Tahap kandungan alkohol pemandu didapati lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan dan dia telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di Jalan Bandar, tambahnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram