EKORAN banjir besar yang melanda beberapa negeri sejak minggu lalu, banyak kenderaan yang mengalami kerosakan akibat banjir.
Malah, disebabkan ramai yang tidak mengambil insuran tambahan untuk melindungi kenderaan jika ditimpa bencana, mereka terpaksa mengeluarkan duit baiki kenderaan sendiri.
Susulan itu, banyak bengkel kenderaan yang mula membuat iklan untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat banjir dengan harga istimewa.
Namun, kebanyakannya hanya memberitahu yang mereka mengadakan promosi tetapi tidak memberitahu lanjut berkenaan dengan harga.
Risau dengan individu yang ingin mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain, pengguna Facebook, Mo Razzi tampil dengan senarai harga yang sepatutnya dikenakan bengkel untuk membaiki kenderaan.
Menurut Mo Rozzi, apa yang disenaraikan itu hanyalah anggaran kasar melibatkan alat ganti yang penting dan harga mungkin berubah mengikut lokasi.
Selain itu, anggaran harga itu juga adalah secara am sahaja melibatkan kenderaan jenis Perodua Myvi, Proton Saga atau kenderaan lain yang seangkatan dengannya.
Pengguna kenderaan yang bernilai lebih tinggi daripada itu boleh menganggarkan kenaikan harga antara 30 peratus hingga 60 peratus daripada senarainya.
Berikut antara kerosakan, cara baik pulih dan senarai anggaran harga jika perlu dibaiki oleh bengkel untuk mengelak daripada ditipu.
A. ECU
Situasi 1: Kalau berjaya buka bateri, keringkan dengan alat pengering rambut dan jemur. Selepas itu balut dengan kain dan simpan dalam beras selama 24 jam untuk menyerap kelembapan. Jemur semula selepas itu dan barulah pasang semula di kenderaan.
Situasi 2: Beli baharu. Anggaran harga dalam RM600 – RM800. Kalau electric power stereng: ada ECU sendiri. Jadi ada tiga ECU termasuk TCU dalam kereta canggih seperti Lexus, Pegoet, Vios, Altis, Honda FD, Estima dan lain-lain.
Kos kereta tempatan: lebih kurang RM400
Kos kereta Eropah: RM800
Kos upah: RM150
B. TCU
Pada kereta yang pakai electronic injection biasanya ada TCU, computer untuk kotak gear. Jadi ada ECU + TCU
Situasi 1: Kalau berjaya buka bateri, keringkan dengan alat pengering rambut dan jemur. Selepas itu balut dengan kain dan simpan dalam beras selama 24 jam untuk menyerap kelembapan. Jemur semula selepas itu dan baru pasang di kenderaan.
Situasi 2: Anggaran harga lebih kurang RM1200
C. Minyak kotak gear + penapis kotak gear (Kalau kotar gear auto)
Buang minyak dan penapis serta tukar baharu
Kos kereta tempatan: RM300 ke RM500
Kos kereta Eropah: RM400/liter
Kos upah: RM150
D. Palam pencucuh
Kos kereta tempatan: RM40 satu
Kos kereta Eropah: RM80 satu
Kos upah: -
E. Minyak enjin
Kos kereta tempatan: RM80 ke RM120 untuk empat liter
Kos kereta Eropah: RM250 ke RM400 untuk empat liter
Kos upah: -
F. Tangki petrol
Cuci dan keringkan
Kos kereta tempatan: RM120 ke RM200
Kos kereta Eropah: Lebih kurang RM400
Kos upah: -
G. Kepala soket & fius
Tanggalkan semua kepala soket radio, fius, keringkan guna pengering rambut.
H. Cover and drive-chain
Tanggalkan semua cover head dan drive chain. Kalau boleh buka cover head dan cuci valve.
I. Rear-drive, or drive train or propeller:
Buka unit differential gear dan keluarkan minyak grease dalam tu sebelum ganti dengan yang baharu.
J. Tayar
Buka bearing dan tukar. Kalau tak tukar pun tak apa. Tapi lumpur banjir akan 'makan' shaft sampai kereta berdengung dalam mase tiga ke empat bulan lagi.
Menurutnya lagi, semua kos ini adalah untuk memulihkan kenderaan supaya boleh berjalan sahaja dan kos perlu ditambah jika mahu membaiki perkara selebihnya.
Dalam pada itu, dia turut menasihatkan supaya kenderaan seperti Honda FD atau Civic yang air manifold intake terletak di bawah bawah bumper supaya tidak meredah banjir.
Kalau air masuk ke dalam air manifold intake, jelasnya, maka kos yang ditanggung untuk baiki kenderaan boleh mencecah hingga RM3,000. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram