3,510 kes baharu, 390 mangsa banjir positif Covid-19


  • Primer
  • Khamis, 23 Dis 2021

ANGKA kumulatif kes Covid-19 direkodkan sebanyak 2,731,713 kes setakat ini. — The Star

KES harian positif Covid-19 pada Khamis direkodkan menurun sedikit pada angka 3,510 kes berbanding 3,519 kes pada Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah semasa itu menjadikan angka kumulatif direkodkan sebanyak 2,731,713 kes setakat ini.

"Berdasarkan jumlah semasa, sebanyak 98.3 peratus atau 3,451 kes adalah kategori satu dan dua manakala baki 59 kes atau 1.7 peratus pula merupakan kategori tiga, empat dan lima.

"Sebanyak 329 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 179 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya lagi, kes sembuh pada Khamis pula dilaporkan sebanyak 4,998 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 2,652,585 kes.

Sementara itu, Noor Hisham turut berkongsi, setakat ini 390 kes positif Covid-19 dan 180 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

Katanya, 180 kes penyakit berjangkit itu terdiri daripada 80 kes jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), penyakit kulit (57), Acute Gastroenteritis (AGE) (42) dan satu Konjunktivitis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid-19, kes harian, menurun, noor hisham