Bukan saja ayam, jeruk pun dah naik harga


JERUK berharga RM46 yang dibeli oleh adik Nur Fattyha. — Facebook

BULAN lalu, negara digemparkan dengan isu harga hidangan siakap di Langkawi yang mencecah ribuan ringgit sehingga menyebabkan campur tangan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kini, belum lagi reda lagi isu harga ayam yang semakin naik harga sejak kebelakangan ini, timbul pula satu lagi makanan yang didakwa turut mencecah harga 'kayangan'.

Menerusi perkongsian di Facebook Orang Jasin, seorang pengguna Facebook, Nur Fattyha berkongsi pengalaman adiknya membeli secawan jeruk dengan harga yang tidak masuk akal.

"Salam orang Jasin, nak tanya. Memang kadar harga asam ni RM46 ke? Jumlah keseluruhan satu bekas ini RM46 beli di karnival Mydin Jasin.

"Yang pergi belinya adik, kalau saya yang pergi tadi mau saya minta penjelasan satu persatu semua harga asam ni! Penjual tu kalau nampak post ni pm tepi, saya bagi ekstra RM50 kayakan dia lagi!" katanya pada Rabu.

Screenshot 2021-12-15 190008

Luahan Nur Fattyha mengenai harga jeruk yang dibeli.

Di ruangan komen, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nursyahirah Amalina Mzian turut berkongsi pengalaman membeli jeruk di tempat berkenaan.

Dakwanya, ramai lagi yang sudah mengalami perkara tersebut sebelum ini.

"Ramai yang kena kak, kata RM6 untuk 100gram, sekali bayar RM40.

"Tekan kalkulator tak tahu timbang macam mana tengok lump sum timbang cakap harga sekian-sekian.

"Nak tanya tak terkeluar sebab tengok orang bayar je, kita pun bayar sajalah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

harga, naik, jeruk, ayam, jasin, melaka