Budak taska bising mengaji punca kemarahan sekumpulan lelaki di Seremban


  • Tular
  • Rabu, 15 Dis 2021

KEJADIAN itu berlaku kira-kira jam 11:45 pagi

SEKUMPULAN lelaki didakwa mengamuk di sebuah asuhan tadika di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11:45 pagi itu mengundang ketakutan pada guru-guru dan anak-anak taska yang sedang dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Punca mengamuk sekumpulan lelaki itu dipercayai kerana suasana tadika yang bising ekoran para pelajar sedang belajar dan mengaji.

HANTARAN dari Jesslyn Ahmad

Malah hantaran dari Jesslyn Ahmad itu mendakwa, sekumpulan lelaki itu difahamkan menggunakan besi untuk mengetuk pintu dan mengeluarkan perkataan yang berunsur mengugut.

Sebelum ini, sekumpulan lelaki itu juga didakwa pernah bertindak sedemikian, namun tidak seteruk pada Rabu sehingga membawa senjata untuk mengugut.

"Untuk maklum ibu ayah semua, kita ada masalah dengan jiran belakang tadika hari ni. Mohon maaf atas kelewatan maklum dalam group ni nanti saya share video. Jika ada ibu ayah nak membuat laporan, silakan dan maklum saya. Mohon juga doa daripada ibu ayah semua mudahkan urusan menyelesaikan masalah ini, saya telah buat laporan polis untuk keselamatan anak saya dan keluarga," kata ibu dari salah seorang pelajar di tadika itu.

Video tular itu jelas membawa kemarahan kepada warganet dan menyeru pihak polis mengambil tindakan segera terhadap sekumpulan lelaki itu.

"Budak-budak sekolah pun kau nak kacau ke. Kalau kamu buat bising tiada siapa pun nak gegar pintu bawa batang besi," komen dari pengguna Facebook, Maizal Azhar.

"Patut terus panggil polis masa kejadian. Buat laporan polis," kata pengguna Facebook, Al Sharm.

Masih belum ada sebarang kenyataan dari pihak polis berhubung insiden itu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

lelaki, india, mengamuk, taska, tular, Facebook