SEORANG pengguna Twitter, @XaiverNaxa baru-baru ini meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan kerajaan yang mempelawa rakyat untuk memeriahkan satu majlis keramaian.
"Berkali-kali saya baca khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh kerajaan. Di saat Covid-19 sedang mengganas, boleh pula jemput orang ramai ke Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia," ciapnya pada Sabtu.
Program tersebut bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 9 Disember hingga 12 Disember ini.
Menurut tangkap layar sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima olehnya, mesej berkenaan dihantar oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
"Jom ramai-ramai memeriahkan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC, 9 hingga 12 Dis 2021 dengan pelbagai aktiviti menarik," menurut SMS tersebut.
Di bawah ciapan tersebut, netizen lain turut berkongsi mesej sama yang dihantar kepada mereka dan turut meluahkan kekecewaan mereka.
"Betul, hari ni sampai baca dua kali mesej tu. ‘Jom ramai ramai....’ selalunya MKN suruh jaga SOP," @nurenmajdina
"Beria suruh cegah covid tapi kerajaan sibuk buat program yang tak berfaedah," kata @zorefla.
"Perarakan KL dibatalkan kerana risau kes tapi ini? Dari haritu saya berfikir bukan dua perkara yg sama?" soal @maktiri_, merujuk kepada perarakan kemenangan Piala Malaysia pasukan bola sepak KL City FC yang dibatalkan tempoh hari.
"Terkejut semalam baca dapat mesej macam itu dari kerajaan, like seriously?" @daniaharith_
Pengguna Twitter itu turut meminta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin supaya mengambil tindakan berhubung perkara terbabit.
Setakat ini, Khairy masih belum memberi jawapan berkenaan penganjuran majlis tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram