SEJAK perkhidmatan e-hailing mula diperkenalkan di negara ini, golongan pemandu teksi dilihat sukar untuk mencari makan kerana rakyat lebih gemar untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Tawaran harga yang lebih murah serta kenderaan yang lebih selesa merupakan antara sebab mengapa orang ramai beralih kepada perkhidmatan e-hailing.
Disebabkan itu, ramai pemandu teksi yang merungut pendapatan mereka terjejas dan sukar untuk mendapatkan pelanggan berikutan kekurangan pelanggan.
Menurut komen di media sosial, ramai netizen yang menyalahkan sikap serta etika kerja pemandu teksi sebagai punca mereka kini disisihkan oleh orang ramai.
Tambah netizen, ada juga pemandu teksi yang tidak berlaku jujur apabila mengenakan tambang serta menolak pelanggan yang mahu ke destinasi berdekatan.
ANTARA komen netizen di media sosial berkenaan isu pemandu teksi. — Facebook
"Jaga penampilan, uniform kemas, rambut kemas, cakap sopan, hormat penumpang, teksi sentiasa bau wangi, (menjaga) displin dan profesional, dalam teksi cukup first aid dan fire extinguisher... Insya-ALLAH orang akan guna balik teksi. Pemandu teksi ni duta Malaysia, jaga nama baik," kata Kubo Eden.
"Saya teringin nak membantu tapi kereta kotor, berbau rokok, pakaian tak kemas, caj mahal dan kurang etika kerja. Masuk saja kereta asyik bercerita tentang politik. Baik saya ambil grab," kata Raz Venter pula.
"Bukan niat untuk mengata tetapi hakikat bila penumpang minta pergi kawasan jarak dekat pemandu teksi tak nak ambil. Hanya segelintir pemandu teksi yang sanggup ambil penumpang yang ingin ke destinasi jarak dekat. Itu belum lagi segelintir pemandu teksi yang menipu dengan mengubah meter atau mengenakan harga tambang yang lebih," luah محمد زايرولنيزام.
Sebilangan netizen turut mencadangkan pemandu teksi supaya beralih ke perkhidmatan e-hailing seiring dengan perubahan zaman serta permintaan pelanggan masa kini.
"Jadi lebih kreatif... Ramai saja pemandu teksi buat e-hailing dalam masa yang sama," cadang Noor Azlan M Harif.
"Zaman dah berubah. Pelanggan dah guna apps untuk dapatkan perkhidmatan kerana lebih cepat dan mudah dari ke stesen-stesen tertentu untuk dapatkan teksi jadi beralihlah kepada Grab sebab ramai yang dah buat seperti itu dan Insya-ALLAH pendapatan lebih baik," kata Yusri Yusof. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram