"Penjawat awam pukul wanita hanya dipindah tugas? Kenapa tidak digantung kerja?"


PENJAWAT awam terbabit sebelum ini bertindak memukul seorang wanita di lif gara-gara dilaporkan tidak bertemu jodoh seperti diharapkan. — Facebook

TULAR di laman media sosial Facebook pada Khamis apabila seorang penjawat awam bertindak memukul seorang wanita di kepala selepas berang kerana tidak bertemu jodoh seperti yang dijanjikan walaupun telah membayar wang sebanyak RM2,500.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, penjawat awam yang memukul wanita di dalam lif di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur itu merupakan seorang anggota polis berjawatan detektif koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Susulan kes ini, beliau mengatakan bahawa pihak polis mengambil tindakan serta merta dengan memindahkan anggota berkenaan dari tugas sebagai detektif kepada tugas pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis Kuala Lumpur.

"Selain siasatan dari segi perlakuan jenayah, siasatan dari segi tatatertib turut dijalankan terhadap anggota terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Jumaat.

Namun, keputusan pihak berkuasa dengan hanya memindahkan tugas sebagai hukuman penjawat awam terbabit menjadi bualan hangat warganet di laman media sosial Facebook.

komen polis 2

ANTARA komen warganet di Facebook mengenai isu tersebut.

"Sepatutnya digantung kerja tanpa gaji, baru la jadi iktibar kepada anggota-anggota seragam yang lain jika mereka membuat salah laku," kata pengguna Facebook, Nasir Apeace.

Fazdli Marzuki pula mengatakan, anggota tersebut patutnya digantung tugas dan segala kemudahan serta gaji sepatutnya disekat terlebih dahulu sehingga perbicaraan selesai.

"Setakat pindah dan tukar cawangan sahaja, patutnya dia dihadapkan ke mahkamah sahaja terus," kata seorang lagi pengguna Facebook, Diezz Junai. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram