ANAK-ANAK istimewa adalah amanah ALLAH yang dianugerahkan kepada manusia untuk dipelihara dan diberikan kasih sayang dan mereka termasuklah dalam kalangan golongan orang kurang upaya (OKU).
Tidak semua ibu bapa sebenarnya mampu dan sanggup menerima anak mereka yang dikategorikan golongan OKU walaupun merupakan darah daging mereka sendiri?
Islam yang syumul mengajarkan agar menekankan kebajikan umat dan tidak memandang anak-anak istimewa sebagai golongan terpinggir, kerana setiap individu mempunyai peranan penting.
BACA LAGI: Anak syurga bukan 'jalan pintas' ke Taman Firdausi
BACA LAGI: 'Boleh jatuh haram', pendakwah bimbang salah guna gambar 'generate' AI undang fitnah
Baru-baru ini, tular video di Facebook sejak Selasa, seorang remaja perempuan didakwa dibuang dan ditinggalkan keluarganya di Jalan Chow Kit sebelum diselamatkan oleh orang awam.
"Anak itu amanah ALLAH, ALLAH beri ujian macam ni (tapi) dia dah buang anak, bermakna dia tolak syurga yang ALLAH dah bagi," kata Nur Ain.
Jadi adakah nas al-Quran ada menyatakan bahawa anak OKU adalah anak syurga?
Bercakap soal itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menerusi dalam satu video menegaskan bahawa anak syurga ini ialah mereka yang tidak mukalaf.
Mukalaf ialah orang yang baligh lagi berakal yang telah sampai dakwah Islam kepadanya.
"Anak syurga adalah mereka yang tidak sempurna dari pencapaian akal misalnya anak lembam yang tidak memahami apa-apa," katanya.
Di dalam hadis pula, terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang syafaat seorang kanak-kanak atau bayi belum baligh kepada ibu bapa mereka.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada salah seorang wanita Ansar:
لا يمُوتُ لِإِحداكُن ثلاثة مِن الولدِ فتحتسِبهُ, إِلا دخلتِ الجنة» فقالتِ امرأة مِنهُن: أوِ اثنينِ يا رسُول اللهِ؟ قال: أوِ اثنينِ
Maksudnya: “Tidaklah ada daripada kamu seorang perempuan yang mati tiga orang anaknya, maka kamu mengharapkan keampunan ke atas anaknya serta menghadapinya dengan sabar. Demikian itu, kamu akan memasuki syurga. Seorang perempuan telah bertanya “ sekiranya dua orang ?” sabda Rasulullah SAW lagi: “walaupun 2 orang”. [Riwayat Muslim, no. Hadis 151] — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram