BERMULA 31 Julai hingga 7 Ogos, lencongan trafik sementara akan dilaksanakan dari 10 malam hingga 6 pagi setiap hari berikutan penutupan jalan bagi memudahkan kerja-kerja berkaitan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Persiaran Bandar Utama, Selangor.
Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, penutupan itu akan melibatkan lorong paling kanan Persiaran Bandar Utama (Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) susur jalan) dan Persiaran Bandar Utama (arah BU2) ke Sri Pentas.
Lencongan itu telah dilaksanakan dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Amanat Lebuh Rakyat.
BACA LAGI: LRT3 mula beroperasi suku ketiga 202
BACA LAGI: 'Bantu kami juga', peniaga Pasar Jawa Klang enggan terpinggir di sebalik pembangunan LRT3
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan kepada orang ramai," katanya.
Projek LRT3 dijangka menghubungkan dua juta orang antara Bandar Utama dan Klang.
Penutupan itu akan melibatkan lorong paling kanan Persiaran Bandar Utama (Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (susur jalan) dan Persiaran Bandar Utama (arah BU2) ke Sri Pentas. — Gambar/Berita Harian
Dibangunkan selaras dengan pelan induk pengangkutan awam darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV), ia akan menjadi ciri utama dalam memperluaskan sambungan rel ke koridor barat GKL/KV. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram