Ajaran sesat: Pantau anak-anak elak ideologi sekularisme, solat tetapi berzina


  • Mukmin
  • Rabu, 15 Mei 2024

Sekumpulan pengikut 'Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya' yang membuat perhimpunan secara haram di Sogo, Kuala Lumpur pada 2023. — Twitter

AJARAN The Ahmadi Religion Peace and Light atau 'Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya' yang tersebar luas sangat membimbangkan, kata penceramah terkenal, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Fahaman ajaran sesat yang tular di media sosial itu dikatakan mulai memasuki beberapa negeri baru-baru ini.

Ajaran itu dipercayai diketuai seorang individu yang mengaku dirinya sebagai Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq, manakala pendeta mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Amaluddin.

BACA LAGI: Sampai doakan malapetaka buat pemimpin sendiri, komen melampau kes pokok tumbang ditegur

BACA LAGI: Bulu kucing melekat di sejadah, pakaian, ketahui syarat sah solat

WhatsApp Image 2024-05-14 at 7.40.07 PM

Syed Ibrahim berkata, hasil pemantauan itu akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Syariah bagi tindakan selanjutnya. — Kerajaan Pahang

Dr Mohd Izhar berkata, ibu bapa perlulah peka dan cakna terhadap perkara sebegini dengan memantau anak-anak mereka.

"Ajaran baharu yang menggunakan nama individu The Ahmadi ini merupakan agenda-agenda golongan yang jahil agama. Mereka cuba menjadi ustaz dan ulama dengan menggunakan cara yang cepat untuk mencari pengaruh.

"Ajaran sebegini sangat bahaya kerana membawa kepada kesesatan," katanya kepada Majoriti.

Mohd Izhar turut bimbang jika ajaran sesat yang semakin berleluasa ini mendorong ideologi sekularisme mulai diamalkan golongan muda.

"Kita risau satu hari nanti mereka melakukan maksiat tetapi pada masa yang sama menjaga ajaran ALLAH.

"Contohnya, mereka solat, baca al-Quran tetapi dalam masa yang sama juga berzina dan minum arak. Mereka cuba membezakan antara agama dan kehidupan," katanya.

2639631

Dr Mohd Izhar berharap agar ibu bapa lebih peka memantau anak mereka supaya tidak terpengaruh dengan ajaran sesat.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bekerjasama dengan jabatan agama Islam seluruh negara serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau ajaran sesat tersebut di Pahang.

Pada Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, hasil pemantauan itu akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Syariah bagi tindakan selanjutnya.

"Ajaran ini menyeru orang ramai turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin Imam Mahdi yang didakwa muncul masa kini, mereka mempercayai penjelmaan semula, juga mempercayai utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW," katanya menerusi catatannya di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram