Ketahui 5 amalan sebelum dan selepas solat Subuh yang memiliki ganjaran hebat


  • Mukmin
  • Rabu, 17 Jan 2024

Terdapat banyak amalan sewajarnya untuk dilakukan sebelum dan selepas subuh. — Gambar Hiasan

SOLAT Subuh merupakan solat fardhu dua rakaat yang wajib didirikan oleh umat Islam.

Memiliki banyak fadhilat, waktu Subuh merupakan salah satu waktu yang afdal untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada ALLAH.

Terdapat banyak amalan sebelum dan selepas Subuh yang memiliki ganjaran luar biasa seperti:

1. Solat Sunat Sebelum Subuh

BACA LAGI: 'Kalau dah jodoh tak ke mana', gambar Putera Mateen, Dayang Anisha waktu kecil buat ramai tak boleh move on

2224694

Solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya. — Gambar Hiasan

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh Baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum Subuh.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Aisyah dari Nabi SAW sabdanya: “Dua rakaat sebelum Subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Solat Subuh (berjemaah atau sendiri)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban).

Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.

3. Membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas ketika solat

Saiyidina Umar ketika berada di rumah Rasulullah SAW pernah berkata:

“Aku selalu mendengar Rasulullah SAW membaca surah al-Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.

Di samping itu, boleh juga baca surah al-Insyirah dan al-Fiil kerana embaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.

4. Baca doa selepas solat Subuh sebanyak 10 kali

Hadis daripada Abu Zar RA berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca 10 kali selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih dalam keadaan tahiyat akhir, sebelum berkata-kata, ditulis baginya (sekali bacaan itu) 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbenteng diri daripada syaitan serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) ALLAH.”

D360F143-DB0C-45EA-BA6C-712092109C93

Terdapat dua zikir yang boleh diamalkan selepas solat Subuh.

5. Zikir

Zikir Allahumma ajirna minannar

اللهُم اجِرنا مِن النارِ

Maksudnya: Ya ALLAH, peliharalah aku daripada api neraka.

Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca "Allahumma ajirna minannar sebanyak 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya ALLAH menulis baginya perlindungan dari api neraka." (HR Nasa'i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)

Zikir Subhanallah wa bihamdihi 'adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimatihi

Dari Ummul mu'minin yaitu Juwairiyah binti al-Harits radhiallahu 'anha bahwasanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pada pagi hari ketika bersembahyang Subuh. Waktu itu Juwairiyah ada di dalam masjidnya. Kemudian beliau SAW kembali setelah melakukan shalat Dhuha, sedangkan Juwairiyah duduk. Kemudian beliau SAW bersabda: "Engkau masih tetap dalam keadaan di waktu tadi saya tinggalkan," Juwairiyah menjawab, "Ya."

Nabi SAW lalu bersabda: "Saya telah mengucapkan setelah meninggalkan engkau tadi empat macam kalimat, sebanyak tiga kali, andaikata kalimat-kalimat itu ditimbang dengan kalimat-kalimat yang engkau ucapkan sejak hari ini tadi, niscaya kalimat-kalimat yang saya ucapkan itu menang daripada yang engkau ucapkan.

Kalimat-kalimat itu ialah: "Subhanallah wa bihamdihi 'adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimatihi - Maha Suci ALLAH dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya. sebanyak hitungan makhlukNya, sesuai dengan keredhaan ZatNya, seberat timbangan 'arasyNya dan sepanjang beberapa kalimahNya." (Riwayat Muslim). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram