Curiga pasangan 'disondol', adakah periksa telefon pintar pasangan dibenarkan dalam Islam?


  • Mukmin
  • Jumaat, 17 Feb 2023

Berterus terang dan jujur merupakan cara terbaik untuk mengelakkan daripada berlakunya penceraian dalam rumah tangga. — Gambar hiasan

KEPERCAYAAN terhadap pasangan merupakan teras dalam rumah tangga dan menjadi elemen utama bagi mengelakkan daripada wujudnya keraguan atau prasangka.

Disebabkan itu saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain dapat mengelakkan perasaan curiga sehingga ada bertindak di luar batas iaitu dengan memeriksa telefon pintar pasangan.

Penggunaan telefon pintar bukan sahaja berfungsi sebagai medium komunikasi, tetapi turut menyimpan 1001 rahsia kenalan, aktiviti dan perbualan dengan ahli keluarga, rakan sekerja atau rakan-rakan.

Daripada itu, segala perkara tersembunyi akan terdedah sehingga menyebabkan pergaduhan ataupun penceraian terutama apabila pasangan 'kantoi' curang.

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa melihat atau mengintai telefon pasangan tanpa kebenaran hukumnya haram.

majoriti2023 (11)

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Perkara tersebut dinyatakan oleh pendakwah popular, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid menerusi sedutan rakaman ceramah beliau.

Memetik al-Quran ayat 12 surah Al-Hujurat: "Janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang."

"Jangan mencari salah orang, jangan mencari silap orang, jangan mencari aib orang. Kalau kepada orang lain juga tidak boleh, apatah lagi dengan pasangan," katanya.

Tidak dinafikan, tindakan memeriksa telefon pasangan merupakan salah satu tanda untuk mengetahui kesahihan sama ada individu yang cuba untuk mendekati pasangan.

"Kalau begitu bagaimana jika saya tidak mahu dia melakukan benda haram, kita kena takut kepada ALLAH terlebih dahulu sebelum takut kepada pasangan.

Scrolling tablet. Beautiful arab women meeting at cafe or restaurant, friends or business meeting. Spending time together, talking, laughting. Muslim lifestyle. Stylish and happy models with make up.

Perasaan curiga mendorong pasangan untuk memeriksa telefon pasangan kerana bimbang mempunyai hubungan sulit.

"Perkara paling penting ialah kepercayaan dalam rumah tangga. Tiada nikmat dalam rumah tangga jika tiada kepercayaan antara pasangan," jelasnya.

Pada masa sama Habib Ali turut menasihatkan agar jangan menangani perbuatan dosa dengan tindakan yang menjurus ke arah perkara terlarang.

"Sekiranya benar dia berbuat dosa, itu urusannya dengan ALLAH dan dosanya dengan ALLAH.

"Siapalah kita untuk menghentikan dosanya dengan menghalang perbuatan itu dengan berbuat dosa juga kepada ALLAH," ujarnya.

Secara ringkasnya, percaya dan jujur dengan pasangan bagi mengelakkan salah faham sehingga menimbulkan rasa curiga dan menyebabkan pergaduhan dan penceraian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram