'Diayam-ayamkan' senior, Syihan kena terima realiti sukar di JDT


  • Podium
  • Rabu, 15 Feb 2023

Peluang Syihan menjadi penjaga gol utama JDT menggantikan Farizal agak cerah kerana faktor usia pemain senior itu. — Facebook

PENJAGA gol skuad kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed rasmi menyertai Johor Darul Takzim (JDT) bagi menghadapi saingan musim 2023.

Bekas penjaga gawang Negeri Sembilan FC (NSFC) itu melakukan debut bersama skuad Harimau Selatan ketika program pramusim kelab itu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Setakat ini persembahan Syihan sepanjang latihan pramusim agak memberangsangkan, malah pemain berusia 26 tahun itu menunjukkan keserasian yang baik dengan rakan sepasukan.

Latihan berintensiti tinggi di JDT diteruskan di pusat latihan kelab elit itu bagi menghadapi saingan Liga Super yang berbaki kurang dua minggu sebelum membuka tirai secara rasmi 24 Februari depan menerusi perlawanan Piala Sumbangsih menentang Terengganu FC.

Menerusi satu perkongsian video latihan di JDT yang dikongsikan pemain bintangnya, Fernando Forestieri, dapat dilihat beberapa pemain menjalani latihan secara tertutup.

Latihan secara kelompok kecil itu turut membabitkan Syihan bagi menguji ketangkasannya menampan bola.

Dalam rakaman itu, kelihatan Syihan terlepas bola gelecekan Forestieri sebelum pemain kelahiran Argentina itu berlari-lari seolah-olah meraikan gol.

"Welcome to JDT my man (Selamat datang ke JDT)," tulisnya di kapsyen Instagram Story pada Rabu.

Mesej itu memberi gambaran jelas kepada bentuk latihan beintensiti tinggi yang perlu dijalani Syihan sebagai pemain JDT yang mementingkan corak permainan high-pressing.

329014481_5950359375041812_1090853824615220198_n

Forestieri antara peledak berbisa JDT. — Facebook

Meskipun peluang Syihan cerah untuk menjadi penjaga gol utama menggantikan Farizal Marlias, namun dia tetap perlu bekerja keras bagi merebut posisi berkenaan.

Ini kerana bukan perkara mudah untuk menembusi kesebelasan utama skuad kendalian ketua jurulatih, Estaban Solari yang perlu mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Secara keseluruhan, JDT telah memenangi 11 trofi pada tahun 2022 termasuk Piala Presiden oleh skuad JDT III, serta beberapa kejuaraan yang dimenangi oleh pasukan akademi mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram