SETIAP umat Islam yang sudah menjangkau usia akil baligh perlu menjalankan tanggungjawab mereka dalam menunaikan kewajipan agama.
Tidak hanya menyempurnakan lima rukun Islam, meninggalkan dan menjauhi perbuatan maksiat juga antara yang mampu melindungi diri daripada terjatuh ke lembah kekufuran.
Namun, apa berlaku kepada mereka yang tetap solat, tetapi dalam masa sama kerap melakukan maksiat?
Persoalan itu menjadi satu permainan minda apabila selebriti terkenal Indonesia, Nikita Mirzani mengakui melakukan maksiat dengan kekasihnya, Antonia Dedola.
Laporan media mengatakan tentang pengakuan Nikita.
Meskipun melakukan persetubuhan tanpa nikah, Nikita tetap melaksanakan kewajipan sebagai Muslim dengan mendirikan solat Subuh.
Pengakuan jelitawan terbabit lantas memicu pelbagai reaksi masyarakat dan mempertikaikan tindakan pelakon filem Tali Pocong Perawan 2 itu.
Pada masa sama, Nikita berterusan dikecam 'agamawan segera' di media sosial dalam memberitahunya apa yang batil.
Memetik kata Imam Ibunu Hajar Al-Haitami dalam kita Az-Zawajir an Iqtiraf Al-Kabair menjelaskan;"Orang yang menampakkan dirinya mendirikan solat, berpuasa dan berzakat, namun masih mengerjakan hal dilarang ALLAH, hanya akan mendapat murka. Maksiat yang dilakukan oleh orang yang rajin melakukan maksiat itu hanyalah satu petanda bahawa runtuhnya ketakwaan dan rasa takut kepada ALLAH.
Lakukan solat taubat setiap kali menyesal melakukan maksiat atau perkara bertentangan dengan agama.
"Namun jika dia rajin solat, tetapi masih melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi tapi dipenuhi rasa penyesalan, Syekh Muhammad Al-Mukhtar mengatakan hal itu adalah orang tersebut bukanlah menentang ALLAH. Tetapi perbuatan maksiatnya tidak dibenarkan, maksudnya dia perlu bertaubat dan tidak mengulangi perbuatannya," jelasnya.
Mengulas lanjut, hakikatnya solat berfungsi sebagai penghalang mahupun membantu manusia menghindari daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar apatah lagi melihatkan diri dengan perbuatan zina.
Firman ALLAH:"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (al-Quran surah Al-Ankabut: ayat 45) — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram