Di sebalik wajah comel, ketahui cerita anjing berasal daripada air liur Iblis


  • Mukmin
  • Rabu, 18 Jan 2023

Dalam Islam anjing dibenarkan untuk menjaga ternak, berburu dan bercucuk tanam.

KEHADIRAN haiwan merupakan satu perkara normal. Bahkan ada yang menjadikan sebagai peliharaan dan membiarkannya berkeliaran di dalam rumah.

Sebagai muslim, haiwan popular yang sering menjadi pilihan ialah kucing sementelah mamalia comel itu binatang halal dalam Islam.

Bagaimana pula dengan hidupan lain terutamanya anjing yang dipandang hina?

Tidak hanya itu, perkataan 'anjing' sering digunakan untuk menjelaskan sikap buruk atau kemarahan terhadap seseorang.

Pun begitu, bagaimanakah penciptaan awal anjing dan mengapakah haiwan pintar ini diharamkan dalam Islam.

high-angle-owner-carrying-dog-bag

Dalam Islam, memelihara anjing satu perkara yang dilarang kecuali untuk tujuan mengawasi ternakan dan tanaman.

Islam amat mementingkan status halal yang tidak hanya fokus kepada makanan dan minuman, tetapi turut meliputi pemilikan haiwan.

Sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga ternak, berburu dan bercucuk tanam, maka pahalanya akan berkurangan setiap satu hari sebarang satu qirath." (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Sebenarnya anjing sudah ada di zaman Rasulullah. Mamalia ini banyak memberi manfaat kepada penjaga kebun dan ternakan.

Anjing atau disebut sebagai kalb dalam al-Quran dikatakan sudah terkenal dan dipelihara oleh masyarakat Arab.

Memetik kamus bahasa Arab, kalb membawa pelbagai maksud. Sebagai contoh kalabu bermaksud penyakit menular yang dikenali sebagai cacing air.

Ibnu Faris turut mengatakan: "Al Kalb boleh membawa maksud sebagai segala sesuatu yang dibuat untuk mengikat sesuatu. Hujung rahim, besi bengkok untuk menimbang jumlah banyak, kayu yang ditempel di dinding serta anjing."

Sejarah

Penciptaan anjing turut tidak terlepas daripada penciptaan Nabi Adam AS.

Pendakwah Indonesia, Gus Bahar berkata: "ALLAH menyuruh malaikat mengumpul bahan paling baik untuk menciptakan Adam. Lalu ketika itu diciptakan Adam tanpa roh. Kemudian Iblis mendengar perkhabaran tersebut dengan rasa tidak puas hati. Kemudian meludahi Nabi Adam lalu terkena bahagian pusarnya."

view-adorable-chihuahua-dog-spending-time-with-male-owner-home

Anjing dikatakan diciptakan daripada air liur iblis.

"ALLAH kemudian membuang ludah tersebut dan maka terciptalah anjing. Anjing itu kemudian diperintahkan oleh ALLAH untuk menjaga Nabi Adam. Biarpun diciptakan daripada ludah Iblis, tetapi anjing itu tetap dekat dengan manusia."

Kemudian ketika penyebaran agama Imam Syafie, anjing mula menjadi haram dan dihindari.

Dalam surah Al-Araf, ayat 176: "Dan sekiranya kami menghendaki nascaya kami tinggikan darjatnya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah) maka perumpamaannya seperti anjing. Jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir."

Berdasarkan kitab Majmuk Al-Bayan karya Al-Qurtubi ada menyebutkan: "Segala sesuatu yang menjulurkan lidahnya, di segala keadaan, baik itu keadaan mati, bahagia, haus, lapar, sakit, tenang dan sebagainya, dianggap telah mendustai ayat-ayatnya."

Begitulah anjing diumpamakan dengan mereka yang memiliki reaksi sama iaitu menjulurkan lidah dalam keadaan apa pun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram