Hati-hati! Amalan syirik moden berlaku tanpa sedar termasuk percayakan zodiak


  • Mukmin
  • Isnin, 16 Jan 2023

Hati-hati dalam melakukan sesuatu perkara kerana bimbang perbuatan tersebut mampu mengakibatkan terjadinya perkara syirik. — Gambar hiasan

PERKATAAN syirik diambil daripada kata syarikah bermaksud sesuatu yang ada (dimiliki) oleh dua orang sementara tidak khusus kepada salah satunya.

Syeikh al-Rahman al-Sa'di menyebut: Syirik adalah menyekutukan ALLAH sama ada berdoa, takut kepadanya atau mengharapkan sesuatu.

Perkara itu meliputi kepercayaan, ibadah atau sebarang amalan yang dilakukan.

Perbuatan syirik adalah dosa besar yang paling besar. Disebabkan itu ia diletakkan sebagai dosa besar pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kab'ír.

ALLAH berfirman maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan ALLAH (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’: Ayat 48)

Namun, tanpa sedar ada antara tindakan seharian yang boleh menjurus ke arah menyekutukan ALLAH meskipun alasannya sekadar suka-suka.

Mempercayai zodiak

ezgif-1-4680d7c06a

Zodiak merupakan salah satu kepercayaan dan amalan masyarakat kuno Yunani dan Romawi. Bagi mereka, astronomi dan astrologi merupakan hal sama yang mampu memberikan gambaran tentang masa depan.

Sebanyak 12 tanda zodiak atau dipanggil horoskop seperti Cancer, Sagitarius, Aquarius, Leo, Virgo dan Scorpio.

Ada yang berpendapat membaca bahan bacaan berkaitan horoskop sekadar hiburan, namun aktiviti itu merupakan salah satu amalan syirik.

Selalunya ramalan seperti keberuntungan, nasib malang, percintaan atau tahap kewangan akan terkait dengan horoskop.

Jelas perbuatan menilik nasib atau mempercayai sesuatu perkara melainkan ALLAH dikategorikan sebagai syirik.

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang datang kepada tukang ramal, kemudian percaya apa yang dikatakan maka solatnya tidak diterima selama 40 hari."(Hadis riwayat Muslim: Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Bahan merosakkan akidah

sherlock-holmes-freemasons-hall-grand-temple-movie

Karya seperti filem seram atau lagu yang mengandungi unsur mistik mahupun penyembahan agama lain juga dikategorikan sebagai perbuatan syirik.

Perkara itu mampu berlaku sekiranya penonton terlalu taksub dan mempercayai kewujudan makhluk mistik atau seram yang mungkin akan merosakkan akidah.

Begitu juga dengan lirik lagu yang tanpa sedar kita sudah sudah melafazkan kata menyekutu ALLAH.

Oleh itu sebaiknya kaji atau siasat tentang sesuatu karya tidak mengira sama ada filem, lagu mahupun bahan bacaan bagi menjauhkan kita daripada amalan syirik moden.

Hari atau bulan malang

ezgif-1-9b1bd77c77

Ada antara kita yang mempercayai hari atau bulan tertentu akan membawa sial. Disebakban kepercayaan itu, sebarang majlis seperti perkahwinan tidak akan dilakukan kerana bimbang akan membawa malang.

Seharusnya perkara itu tidak berlaku kerana pintu rezeki ALLAH sentiasa terbuka buat hamba-NYA yang bertaqwa dan beribadah kepada-NYA.

Sekiranya ada perasaan sangsi atau ragu-ragu, sebaiknya mendirikan solat istiqarah atau solat hajat bagi memohon keberkatan ALLAH.

Bersumpah selain nama ALLAH

sincere-young-beard-man-swearing-hand-heart-making-promise-sincere-man-swearing-hand-heart-113897614

Islam melarang umatnya menggunakan nama lain selain ALLAH ketika bersumpah.

Rasulullh SAW bersabda: "Barang siapa yang bersumpah atas nama selain ALLAH, maka dia telah berbuat kekufuran atau kesyirikan." (Hadis: Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Bersumpah atas nama selain ALLAH termasuk dalam perilaku syirik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram