Wanita haid guna kain pelapik elak sentuh al-Quran, boleh atau haram? 


  • Mukmin
  • Isnin, 02 Jan 2023

Segelintir wanita menggunakan kain pelapik untuk mengelakkan diri daripada menyentuh al-Quran secara terus.

MEMBACA al-Quran bukan sahaja perkara yang dituntut dalam Islam, tetapi amalan itu memberi pelbagai manfaat.

Tidak kira sama ada rohani atau jasmani, membaca al-Quran mampu membendung seseorang daripada terjebak dalam kemungkaran.

Sebaiknya bacalah al-Quran walau sekadar sehelai muka surat bagi mendekatkan diri kepada amalan baik.

Namun, bagaimana pula bagi wanita yang sedang mengalami haid ingin menyentuh al-Quran?

Ada yang menggunakan kain pelapik untuk mengelak daripada menyentuh al-Quran secara langsung.

top-view-islamic-new-year-concept (1)

Mereka yang mengalami hadas haid mahupun nifas haram memegang dan membawa mushaf (perkataan bahasa Arab secara harfiah).

Yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci,(al-Quran surah al-Waqiah: ayat 78-79)

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar: “Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.” (Riwayat al-Tabarani)

Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan bahawa hukum wanita memegang mushaf secara berlapik adalah haram berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafi’i: “Haram wanita haid memegang mushaf walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal.”

close-up-islamic-new-year-concept-with-misbaha_23-2148611692

Begitu juga, haram menyentuh secara berlapik dengan kain perca:

“Mushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami. Begitu juga diharamkan menyentuhnya walaupun berlapik pada perca kain.

Al-Quran merupakan kitab suci yang terpelihara, maka individu yang mengalami hadas dilarang membawa mahupun memegang walaupun secara berlapik dengan kain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram