Gemar menonton filem fiksyen sihir, ketahui apa hukumnya dalam agama


  • Mukmin
  • Isnin, 05 Dis 2022

Tidak menjadi kesalahatan menonton filem fiksyen berunsur sihir, asalkan tidak mempercayai kewujudannya termasuk amalan.

SEJAK kecil, kita sudah didedahkan dengan genre cerita yang mengandungi unsur sihir seperti Cinderella, Snow White, Aladdin dan Beauty and The Beast.

Malah dengan kehadiran Netflix, lambakan filem sihir dan fiksyen yang disediakan membuka ruang kepada penonton untuk menghabiskan masa melayannya, apatah lagi jika karya itu dihadirkan dengan pakej episod.

Barisan karya luar negara itu secara tidak langsung membentuk corak pemikiran mempercayai kepada perkara tahayul.

Tidak dinafikan genre naskhah sebegitu menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak di luar kotak.

Apatah lagi digabungkan dengan bacaan mantera dan beberapa kemunculan makhluk menakutkan.

Namun, bagaimana pula pandangan Islam terhadap menonton naskhah berkisarkan tentang mempercayai sihir.

Memetik perkongisan Mufti Wilayah Persekutaan, hukum menonton filem fantasi yang memiliki unsur sihir adalah harus.

Situasi itu kerana tontonan filem sebegitu sekadar tujuan untuk hiburan dan tidak mempercayai kerana perbuatan mempercayai sihir merupakan sesuatu diharamkan oleh Rasulullah SAW.

Hadis Riwayat Muslim; ”Siapa yang mendatangi tulang tilik lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu maka tidak diterima darinya solat selamat empat puluh malam.”

majoriti2022 (2)

Bagaimanapun pemantauan perlu dibuat agar tidak terpengaruh sehingga mempercayai tentang perkara melibatkan sihir terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Cerita yang berkait dengan sihir supaya mereka diterangkan bahawa perbuatan mempercayai sihir adalah merupakan suatu bentuk syirik.

Di samping itu jauhi dan pastikan mereka tidak menonton cerita yang mampu menjurus ke arah maksiat.

Hadis Riwayat Bazar: “Siapa yang mendatangi tukang tilik lalu membenarkan kata-katanya maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.”

Menjawab mengenai amalan solat tidak diterima selama 40 malam disebut Rasulullah SAW, kerana 40 merupakan bilangan kebiasaan orang Arab ketika mengambarkan bilangan yang banyak.

Sementara malam pula kerana orang Arab memulakan hari mereka dengan waktu malam.

Meskipun amalan solat diberi penekanan, tetapi menurut Imam al-Munawi, ibadah puasa turut terkait kerana puasa juga merupakan tiang agama.

Biarpun dinyatakan solat tidak diterima, tetapi bukanlah bermaksud solatnya tidak sah mengikut syarak. Apa yang dimaksudkan ialah dengan ganjaran amalan ibadah yang dilakukan.

Imam al-Nawawi pernah berkata:”Adapun makna tidak diterima solatnya ialah tidak diberikan ganjaran pahala. Tidak dinafikan bahawa solatnya memadai dan kefarduan ke atasnya gugur di samping dia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.” — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram